Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mana lagi kuat: Luffy Gear 5 atau Goku Ultra Instinct?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Mana lagi kuat: Luffy Gear 5 atau Goku Ultra Instinct?

Kredit: Cidades

Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, One Piece telah menunjukkan transformasi paling kuat milik Monkey D. Luffy iaitu Gear 5 dalam episod terbaru anime dan serta-merta, transformasi ini mula trending di seluruh media sosial. Walaupun ramai yang meraikannya, satu soalan mula timbul di kalangan komuniti anime – “Siapa yang lagi kuat: Luffy Gear 5 atau Goku Ultra Instinct?

Kredit: Toei Animation

Sebelum saya teruskan ke teori komuniti, seeloknya korang semua tahu apa itu Gear 5 dan Ultra Instinct.

Kredit: Toei Animation

Gear 5: Sebagai bentuk Awakened kepada Gomu Gomu no Mi, Gear 5 akan menguatkan seluruh badan Luffy ke tahap lebih tinggi termasuk kekuatan, pertahanan dan kepantasan. Apa yang istimewa tentang transformasi ini adalah ia membolehkan Luffy memanipulasi dan mengubah persekitaran sekeliling seperti getah. Sebagai contoh, dia boleh menukar lantai lalu menggunakan lantai tersebut untuk melantun semula serangan musuh.

Kredit: Toei Animation

Ultra Instinct: Dalam transformasi ini, Goku memproses maklumat dengan lebih pantas dan cekap, lalu membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri melalui pengalaman. Apa yang istimewa adalah dia dapat bertindak balas secara automatik terhadap semua ancaman dengan cara paling berkesan. Secara tidak langsung, ini membuatkannya menjadi lebih kuat, lebih pantas dan lebih tajam semakin lama pertarungan itu berterusan.

Apa akan terjadi jika Luffy Gear 5 berlawan Goku Ultra Instinct? Adakah kuasa mereka seimbang atau adakah salah satu lebih kuat? Berikut adalah hujah dan teori komuniti:

Debat antara komuniti anime

Teori ini diambil daripada beberapa artikel lain dan debat peminat di internet, tetapi supaya adil – perbandingan di bawah dibuat berdasarkan keadaan semasa watak masing-masing.

Kredit: Toei Animation

Buat masa sekarang, Goku Ultra Instinct masih tidak sempurna kerana dia belum dapat mengawalnya dengan baik dan cepat kehabisan stamina. Jika mereka berdua bertarung sekarang, kemungkinan besar Luffy akan menang perlawanan itu.

Itu kerana Ultra Instinct lebih banyak memakan tenaga dan memerlukan daya penumpuan yang kuat. Goku masih boleh mengelak serangan Luffy tetapi itu pun cukup sukar kerana abiliti Gear 5 yang sukar diramal dan boleh mempengaruhi persekitaran sekeliling. Saya faham bahawa Luffy Gear 5 pun cepat memakan stamina tetapi jika dibandingkan dengan Goku, Luffy boleh mengawal transformasinya dalam tempoh masa lebih masa.

Kredit: Toei Animation

Satu lagi sebab adalah kerana Luffy dapat menepis atau memantulkan majoriti serangan Goku termasuk tumbukan dan Kamehameha. Itu sendiri meletakkan Goku dalam situasi yang bermasalah kerana majoriti serangan terkuatnya tidak memberi kesan. Pada masa yang sama, segala serangan Luffy akan dielak atau ditepis secara automatik oleh Goku berkat Ultra Instinct. Seperti saya kata tadi, semakin lama pertarungan itu berlangsung, semakin hebat Goku dapat menyesuaikan diri dengan situasi – jadi hasilnya agak seimbang.

Penentunya adalah siapa yang akan menghabiskan stamina dahulu dan bagi saya, pemenangnya adalah Luffy.

Kredit: Toei Animation

Walaupun begitu, seorang peminat memberi satu lagi hujah yang bagus. Goku mempunyai kuasa tahap dewa, jadi tiada masalah jika dia terus menghancurkan planet memakai salah satu skil terhebatnya seperti Spirit Bomb. Alkisahnya, Luffy akan kalah serta merta. Hakikatnya, Goku mampu bersaing dengan para dewa dan tuhan manakala Luffy masih berhadapan dengan musuh di bumi. Bukan itu sahaja, Goku memiliki kemampuan untuk memusnahkan planet jika dia mahu.

Kesimpulannya, Luffy akan menang jika dia dapat membuat Goku kehabisan stamina dahulu. Tetapi jika Goku bersifat kejam, dia akan menang pertarungan itu dengan memberi kehancuran mutlak kepada medan pertarungan.

Kredit: Toei Animation

Bagi pendapat anda, siapa yang lebih kuat – Luffy Gear 5 Luffy atau Goku Ultra Instinct? Jom kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Tags: animeGear 5gokuluffymangaUltra Instinct
ShareTweetSend
Previous Post

Naruto: Bagaimana Rasengan dicipta? Asal usul jurus paling ikonik dalam anime!

Next Post

Pokemon Scarlet & Violet DLC: The Teal Mask Akan Lancar Pada 13 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pokemon Scarlet & Violet DLC: The Teal Mask Akan Lancar Pada 13 September!

Pokemon Scarlet & Violet DLC: The Teal Mask Akan Lancar Pada 13 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd