Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile “Monster Hunter Now” akan keluar 14 September, boleh pradaftar sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2023
in Action, Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile “Monster Hunter Now” akan keluar 14 September, boleh pradaftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Niantic dan Capcom telah mengumumkan bahawa Monster Hunter Now, game mobile spin-off ala Pokémon GO, akan dilancarkan di iOS App Store dan Google Play Store pada 14 September 2023. Bagi mereka yang berminat, anda boleh pradaftar sekarang di kedua-dua platform tersedia; jika lebih ramai pemain berbuat demikian, lebih baik ganjaran yang anda akan peroleh semasa pelancaran.

PRADAFTAR DI SINI!

Sempena pengumuman ini, Capcom telah mengeluarkan teaser baru yang anda boleh lihat di bawah:

Pada hari pelancaran, game ini akan mengandungi Monster berikut untuk dikumpul: Great Jagras, Kulu-Ya-Ku, Pukei-Pukei, Barroth, Great Girros, Tobi Kadachi, Jyuratodus, Paolumu, Anjanath, Rathian, Legiana, Rathalos dan Diablos. Selain itu, enam senjata berikut boleh digunakan untuk mengalahkan mereka: Sword & Shield, Great Sword, Long Sword, Hammer, Light Bowgun, dan Bow.

Kredit: Capcom

Jenis ganjaran yang diperoleh melalui pradaftar akan bertambah baik mengikut jumlah. Ganjarannya termasuk:

  • 500,000 — Potion x10 dan Paintball x3
  • 1,000,000 — Founder Medal dan Wander Pebble x3
  • 2,000,000 — Special pre-order Makeup x2 dan 500-slot Item Box Expansion
  • 3,000,000 — Special pre-order Makeup x2 dan Double Rewards Ticket x3
  • 5,000,000 — 10k Zenny dan 500-slot Item Box Expansion

Bagi sesiapa yang berimpian untuk memburu raksasa di dunia nyata, Monster Hunter Now akan menghidupkan fantasi itu. Kita akan mengambil peranan sebagai seorang Hunter, dan harus meneroka serta bekerjasama dengan pemain lain untuk menumpaskan pelbagai raksasa ikonik daripada dunia MonHun. Memandangkan MH Now boleh dimainkan pada telefon pintar, anda boleh menjemput sehingga empat rakan lain untuk menyertai pengembaraan.

Apa yang membezakan game ini daripada Pokemon Go adalah gameplay. Daripada mengumpul raksasa untuk dikawal dan digunakan, sebaliknya gameplay mengharuskan pemain untuk mendapatkan peralatan dan senjata yang lebih baik demi membantu mengalahkan raksasa yang lebih kuat. Aspek ini mereplikasikan semula gameplay asas daripada judul Monster Hunter yang lain.

Memakai telefon pintar, pemain harus mencari raksasa di dunia sebenar dan kemudian melawan raksasa tersebut dalam pertarungan pendek yang berlangsung maksimum 75 saat. Dalam pertempuran, pemain mempunyai beberapa pilihan serangan – di mana semuanya boleh dilaksanakan secara ‘swipe’ atau ‘tap’ pada skrin telefon. Selepas mengalahkan raksasa itu, anda akan memperoleh ganjaran termasuk duit dan sumber.

Sumber ini boleh ditukar atau digunakan untuk mencipta resipi dan memperoleh/mencipta peralatan baharu. Dengan cara ini, pemain boleh menghadapi raksasa yang lebih kuat secara berterusan.


Sekali lagi saya ingatkan, Monster Hunter Now akan keluar pada 14 September 2023 untuk Android dan iOS secara ‘free-to-play’. Baca segala liputan kami tentang francais MH di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobilemonster hunterMonster Hunter Now
ShareTweetSend
Previous Post

Review Disney Illusion Island – Game nostalgia untuk peminat Mickey Mouse

Next Post

Jadual VCT – Valorant Champions 2023 dikeluarkan, Bakal bermula pada 7 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jadual VCT – Valorant Champions 2023 dikeluarkan, Bakal bermula pada 7 Ogos ini!

Jadual VCT - Valorant Champions 2023 dikeluarkan, Bakal bermula pada 7 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd