Summer Sale di Steam sudah pun tamat tetapi nampaknya ada satu lagi promosi khas yang berlangsung di platform tersebut. Promosi yang kami maksudkan adalah Steam Stealth Fest! Ianya berlangsung bermula hari ini, 25 Julai 2023 sehingga 1 Ogos 2023. Inilah masanya untuk anda dapatkan game stealth terbaik sepanjang sale ini!
Untuk anda yang tidak mengenali apa itu game stealth, ianya game yang memerlukan pemain menggunakan stealth untuk mengelak atau menumbangkan musuh. Game seperti ini selalunya membolehkan pemain untuk menyorok, menyelinap atau menyamar. Tetapi ada juga jenis stealth yang membolehkan pemain untuk menyerang musuh dan memberikan ganjaran kepada pemain.

Kalau anda tidak pernah bermain game stealth, bolehlah dapatkan game seperti francais Assassin’s Creed, Watch Dogs, Far Cry, Hitman dan banyak lagi! Semuanya tersedia dengan diskaun sehingga 80%. Kalau anda suka Batman, anda boleh dapatkan Batman: Arkham Knight yang kini tersedia dengan harga RM 7.60 sahaja!

Kalau anda inginkan game stealth yang buatkan anda lari daripada tikus-tikus berbahaya, boleh dapatkan A Plague Tale: Innocence dengan harga RM 19.80. Sekuelnya juga tersedia dengan diskaun sebanyak 50%, berharga RM 64.50!

Terdapat juga demo dan juga game percuma untuk anda mainkan. Anda pergi sahaja ke laman rasmi Steam Stealth Fest untuk mencuba kesemua game yang tersedia. Untuk dapatkan berita menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post