Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga One Shot “Monsters” Oleh Pencipta One Piece Akan Dapat Adaptasi Anime!

Maira by Maira
July 24, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Manga One Shot “Monsters” Oleh Pencipta One Piece Akan Dapat Adaptasi Anime!

Kredit: @Eiichiro_Staff

Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum adanya One Piece, Eiichiro Oda telah menghasilkan satu manga one shot bertajuk Monsters. Nampaknya manga yang terikat dengan dunia One Piece itu akan mendapat adaptasi anime nanti! Perkara ini telah pun diumumkan semasa acara One Piece Day 2023. Adna boleh lihat video pengumuman tersebut di bawah.

Adaptasi anime Monsters ini hanya mempunyai satu episod sahaja. Ia akan dihasilkan oleh E&H Production dan diarahkan oleh Sunghoo Park, yang terkenal dengan hasilnya untuk siri Jujutsu Kaisen. Seperti yang didedahkan dalam teaser, ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1994 dan juga tersedia dalam antologi Wanted! yang terbit pada tahun 1998.

Berlakukan dalam dunia One Piece, Monsters akan membawa anda mengikuti kisah samurai Shimotsuki Ryuma dan tanduk naga yang telah hilang selama 10 tahun. Dikatakan bahawa tanduk tersebut mempunyai kuasa hebat tetapi tiada sesiapa yang ingat mengenainya. Peminat One Piece sudah tentu mengenali nama Shimotsuki Ryuma. Mana tidaknya, dialah ahli pedang legenda dalam siri malah moyang kepada Roronoa Zoro!

Kredit: @Eiichiro_Staff

Kami pasti anda tidak sabar melihat aksi Ryuma nanti. Dengan Sunghoo Park yang mengarah one shot ini, suda pasti aksi yang bakal ditayangkan nanti memukau mata penonton. Buat masa ini, tiada tarikh tayangan yang diumumkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut nanti.

Untuk mendapatkan berita menarik mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eiichiro OdaMonstersOda Eiichiroone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Mortal Kombat 1 umum watak DLC: Peacemaker, Omni-Man, Homelander

Next Post

Dune 2 & Aquaman and The Lost Kingdom mungkin ditangguhkan ke Tahun Depan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Dune 2 & Aquaman and The Lost Kingdom mungkin ditangguhkan ke Tahun Depan

Dune 2 & Aquaman and The Lost Kingdom mungkin ditangguhkan ke Tahun Depan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd