Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Update] Poster Terbaru Invincible Season 2 Didedahkan, Bakal Tiba pada 3 November nanti!

safwan by safwan
July 20, 2023 - Updated on July 25, 2023
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
[Update] Poster Terbaru Invincible Season 2 Didedahkan, Bakal Tiba pada 3 November nanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menayangkan teaser Season 2 pada bulan Januari yang lepas, siri animasi Prime Video Invincible kini dedahkan poster rasmi dan bakal ditayangkan di Prime Video pada hujung tahun ini.

[UPDATE 25 JULAI 2023]

Prime Video telah melancarkan sebuah video teaser trailer dan mendedahkan tarikh tayangan sekuel siri animasi ini. Invincible Season 2 bakal mula ditayangkan pada 3 November 2023 di Prime Video. Berikut adalah sinopsis rasmi bagi Invincible Season 2:

“Cerita ini mengisahkan tentang Mark Grayson yang berusia 18 tahun, yang sama seperti setiap lelaki lain seusianya-kecuali bapanya adalah (atau pernah) superhero paling berkuasa di planet ini. Masih terhuyung-huyung akibat pengkhianatan Nolan dalam Season 1, Mark bergelut untuk membina semula hidupnya ketika dia menghadapi pelbagai ancaman baharu, semuanya sambil melawan ketakutan terbesarnya – bahawa dia mungkin menjadi bapanya tanpa menyedarinya.”

Kredit: Prime Video

Melalui poster tersebut, pelbagai watak Season 1 yang akan dibawa semula untuk Season 2 termasuk Atom Eve, Red Rush, Monster Girl, Cecil, Allen the Alien dan kawan baiknya iaitu Amber Bennett dan William Clockwell.

Siri ini menampilkan pelbagai pelakon yang hebat-hebat termasuk Steven Yeun sebagai Mark Grayson / Invincible, Sandra Oh sebagai Debbie Grayson, J.K Simmons sebagai Nolan Grayson / Omni-Man, Gillian Jacobs sebagai Samantha Eve Wikins / Atom Eve, Andrew Rannells sebagai Willam Clockwell, Zazie Beetz sebagai Amber Bennet, Walton Goggins sebagai Cecil Stedman dan ramai lagi.

Kalau anda nak tahu, siri ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang bernama Mark Grayson berubah menjadi seorang hero di bawah bimbingan bapanya Omni-Man, seorang hero yang paling kuat dan berkuasa di planet tersebut.

Semasa dalam pengaliran perubahan itu, dia mendapati yang dirinya bergelut antara kehidupan peribadinya dan tugas sebagai seorang hero untuk membuktikan yang dia juga hero seperti bapanya.

Untuk pengetahuan anda, siri animasi ini adalah berdasarkan komik Invincible yang telah direka oleh Robert Kirkman, Cory Walker dan Ryan Ottley. Komik ini telah diterbitkan oleh Skybound Entertainment (Image Comics) sejak Januari 2003 dan telah disiapkan pada Februari 2018.

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai Invincible Season 2 termasuk tarikh tayangan. Tetapi kita boleh jangkakan yang siri ini akan ditayangkan pada bila-bila masa sahaja dalam bulan Oktober sehingga Disember 2023.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Amazon Prime VideoInvincible Season 2Prime Video MalaysiaSeason 2
ShareTweetSend
Previous Post

Game Blizzard Akan Hadir ke Steam, Bermula Dengan Overwatch 2 pada 10 Ogos!

Next Post

Filem Doraemon: Nobita’s Sky Utopia Akan Tayang di Malaysia pada 27 Julai 2023!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Filem Doraemon: Nobita’s Sky Utopia Akan Tayang di Malaysia pada 27 Julai 2023!

Filem Doraemon: Nobita's Sky Utopia Akan Tayang di Malaysia pada 27 Julai 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd