Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Apakah inspirasi Luffy Gear 5 (Sun God Nika)?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Apakah inspirasi Luffy Gear 5 (Sun God Nika)?

Kredit: Tacchan56110

Share on FacebookShare on Twitter

Gear 5 boleh diakui sebagai salah satu transformasi paling terkuat dalam One Piece dan juga paling ikonik dalam sejarah anime/manga. Dicapai oleh Monkey D. Luffy dalam “Wano arc” semasa berlawan Kaido, Gear 5 mengubah sepenuhnya persepsi peminat tentang kebolehan dan kekuatan Luffy.

Setakat ini, Gear 5 merupakan transformasi Luffy yang paling unik dan sebenarnya sangat serasi dengan wataknya. Walaupun begitu, tidak semua yang menyukai semasa awal diperkenalkan (atas beberapa sebab). Di sini, pencipta Eiichiro Oda menjelaskan tentang inspirasi dan reka bentuk di sebalik Gear 5 dan mengapa dia memilih bentuk itu.

Apa itu Gear 5?

Kredit: Shueisha

Merupakan Awakening (kuasa sebenar terbangkit) kepada Gomu Gomu no Mi milik Luffy, buah ini dahulu dikenali sebagai Hito Hito no Mi, Model: Nika. Bentuk Gear 5 memberikan peningkatan yang jauh lebih tinggi kepada kekuatan, kelajuan dan daya ketahanan Luffy, serta membolehkan dia memanipulasi dan mengubah persekitaran sekeliling. Ini membolehkan Luffy bertarung dalam apa jua cara yang dia suka.

Atas sebab ini, pemilik Hito Hito no Mi sering digelar sebagai “Warrior of Liberation” (Pahlawan Pembebasan), yang membawa kegembiraan dan kebebasan kepada semua orang. Ia terlalu kuat dan fleksibel sehingga warga Gorosei pun menggelar Devil Fruit ini sebagai “kuasa paling tidak masuk akal dalam dunia”.

Apabila berubah ke Gear 5, rambut dan pakaian Luffy (kecuali topi jerami, tali pinggang dan sandal) menjadi putih, matanya bersinar dengan anak mata berwarna merah, dan awan putih tiba-tiba terbentuk di lehernya, serupa dengan wap awan dalam Gear 4.

Kredit: Shueisha

Eiichiro Oda mengambil inspirasi daripada..?

Kredit: Shueisha

Mungkin ramai tidak faham atau kenal Gear 5 kerana anime masih belum menunjukkan transformasi ini secara rasmi. Secara am, Gear 5 boleh dianggap sebagai transformasi yang lucu dan berbentuk komedi seperti kartun lama. Selalunya dalam kisah anime, transformasi paling kuat memiliki rupa yang ganas, epik dan seumpamanya. Sebagai contoh, Baryon Mode (Naruto) atau Hollow Ichigo (Bleach).

Disebabkan rupanya kurang epik, ramai juga yang meluahkan rasa tidak puas hati semasa membaca manga. Beransur-ansur, ramai sedar bahawa Gear 5 mewakili personaliti sebenar Luffy sejak awal cerita; dia hanyalah seorang budak getah yang riang dan cintakan kebebasan serta suka membantu rakan-rakannya.

Akhir sekali, itulah reka bentuk yang disasarkan oleh Oda.

Kredit: Shueisha

Pada tahun lepas (2022), Oda menjelaskan tentang ilham dan inspirasi di sebalik transformasi itu dengan lebih terperinci melalui temu ramah. Menurut Oda, Gear 5 asalnya dilukis sebagai jenaka, tetapi siapa sangka ia akan menjadi realiti. Dia tahu reka bentuk ini berisiko dan mungkin dibenci oleh peminat tetapi masih berani mengambil risiko tersebut.

Oda kata bahawa “manga lawan-lawan moden” kini semakin serius dan terpaksa mengikut/menepati jangkaan pembaca. Oda tidak suka konsep itu, dan mengaku dia memang tidak mahu One Piece menjadi kisah yang terlalu serius. Sebaliknya, dia menyukai nada-nada yang lucu dan lawak dalam kartun lama dan ingin membuat sesuatu berdasarkan tema itu.

Kredit: Shueisha

Oda sendiri kata bahawa Tom dan Jerry adalah model paling jelas untuk Gear 5. Oda menyukai kartun tradisional yang penuh ekspresi di mana kaki watak bertukar menjadi bulatan seperti roda apabila mereka berlari atau apabila mereka terkejut sehingga biji mata terkeluar. Contoh-contoh seperti itu banyak tampil dalam pertarungan Luffy vs Kaido. Walaupun Oda berasa sedih kerana jenis kartun seperti ini sudah ketinggalan zaman, dia melakukan yang terbaik untuk memasukkannya ke dalam One Piece.

Malah, kedua-dua Tom dan Jerry digunakan sebagai model untuk pertarungan Luffy vs Kaido. Walaupun sukar untuk dilaksanakan, semua peminat manga pasti akan ingat Luffy vs Kaido sebagai salah satu pertarungan paling ikonik sepanjang zaman.

Maka, itulah inspirasi dan idea di sebalik transformasi Gear 5 milik Luffy.

Kredit: Shueisha

Memandangkan Gear 5 belum rasmi ditunjukkan dalam anime lagi, nanti episod akan datang One Piece untuk melihat kesimpulan pada pertarungan epik Luffy dan Kaido. Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.

Tags: animeGear 5luffymangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] ROG Flow X13 – Laptop Gaming Nipis, Ringan & Berprestasi Tinggi!

Next Post

Ryu Ga Gotoku Studio bincang masa depan francais Yakuza/Like a Dragon & kisah cinta Kazuma Kiryu [Interview]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Ryu Ga Gotoku Studio bincang masa depan francais Yakuza/Like a Dragon & kisah cinta Kazuma Kiryu [Interview]

Ryu Ga Gotoku Studio bincang masa depan francais Yakuza/Like a Dragon & kisah cinta Kazuma Kiryu [Interview]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd