Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game aksi multiplayer One Punch Man: World akan datang ke SEA, mungkin keluar tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2023
in Action, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, PC
0 0
0
Game aksi multiplayer One Punch Man: World akan datang ke SEA, mungkin keluar tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita dapat pengesahan rasmi bahawa game aksi multiplayer free-to-play, One Punch Man: World memang akan dikeluarkan di rantau SEA (Asia Tenggara), menurut kata media sosial rasmi. Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberi. Walaupun begitu, penerbit Crunchyroll Games berkata mereka akan mengeluarkan game ini di negara-negara barat tertentu, jadi ada kemungkinan versi SEA turut akan dikeluarkan pada tahun ini.

Dibangunkan oleh T3 Studio (anak syarikat Perfect World Games), ia akan dilancarkan di PC, iOS dan Android. Bak kata siaran akhbar, One Punch Man: World akan membawa pemain ke dunia One-Punch Man, yang penuh dengan watak dan kebolehan ikonik dengan nilai produksi berkualiti ala anime. Sebagai game multiplayer, game ini akan menyokong ciri cross-platform dan cross-progression.

Kredit: One Punch Man: World SEA

Sinopsis

Hero diperlukan dalam One Punch Man: World! Serangan raksasa tanpa henti telah menyebabkan bandar-bandar di Bumi dan Hero Association berada dalam bahaya. Walau bagaimanapun, selepas tiga tahun menjalani latihan khas, Saitama menjadi begitu kuat sehingga dia boleh mengalahkan lawan dengan satu tumbukan.

Masalahnya, Saitama hanya melakukan aktiviti hero untuk berseronok, kerana apabila setiap musuh tumbang dalam satu tumbukan, kuasa luar biasa ini boleh menjadi agak membosankan.

Kini, di hadapan hero terkuat itu, seorang musuh baru telah muncul. Adakah Saitama dapat menunjukkan kuasa penuhnya hari ini?

Kredit: One Punch Man: World Facebook

Apa yang istimewa tentang game ini?

  • Buka dan kuatkan hero kegemaran daripada siri anime One-Punch Man, termasuk Genos dan banyak lagi.
  • Masuk ke hab Hero Association untuk bertemu rakan, menjalankan misi dan bekerjasama dalam Raid menentang musuh yang hebat dengan pemain lain.
  • Masuk ke suasana pertarungan yang rumit dan mengelak pada masa yang tepat, lakukan kombo tanpa henti menggunakan kemahiran khas dan melaksanakan skill terunggul untuk membasmikan musuh, termasuk abiliti serba baharu yang tidak pernah dilihat.
  • Alami semula adegan-adegan ikonik daripada One-Punch Man musim pertama dan melihatnya daripada sudut pandangan serba baharu.
  • Terokai Z-City dan lakukan aktiviti sampingan dan mini-game.
Kredit: One Punch Man: World Facebook
Kredit: One Punch Man: World Facebook

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi. Untuk baca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Punch ManOne Punch Man: World
ShareTweetSend
Previous Post

Guardians of the Galaxy Vol 3 bakal tersedia di Disney+ pada 2 Ogos ini!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Kuasa Gojo yang Masih Belum Diterokai dalam Musim 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Kuasa Gojo yang Masih Belum Diterokai dalam Musim 2!

Jujutsu Kaisen: Kuasa Gojo yang Masih Belum Diterokai dalam Musim 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd