Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Di Sebalik Pembikinan Semula Balai Polis Raccoon City RE2 Remake

Kisahnya...

Jade Ice by Jade Ice
July 7, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Di Sebalik Pembikinan Semula Balai Polis Raccoon City RE2 Remake
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai permulaan, balai polis Raccoon City daripada game Resident Evil 2 telah di ilhamkan daripada sebuah bangunan di Osaka iaitu Osaka City Central Public Hall. Ianya dibina pada tahun 1918 dan merupakan pusat kebudayaan yang penting untuk bandar ini. Dikatakan, isi kandungan hampir sama dengan apa yang Leon dan Claire lalui di dalam game tersebut, cuma tidak terdapat tumpahan darah dan zombie.

Resident Evil 2 remake merupakan satu kejayaan Capcom yang besar dimana ia dibikin semula untuk pemain yang baru; dengan mengekalkan “rasa” daripada versi asal PlayStation 1998. Teknologi moden membolehkan persekitaran ini dilahirkan semula.

Kazunori Kadoi; pengarah RE2 Remake mengatakan matlamat mereka adalah untuk mengekalkan keaslian bangunan ini daripada game yang asal tetapi pada masa yang sama mereka mempertingkatkan keluasan dan realismenya. Dia juga yakin yang pemain akan menerima usaha ini.

Walaupun versi asal hanya menampilkan imej yang di pre-render manakala versi baru adalah dalam 3D sepenuhnya, ia tetap melahirkan rasa yang sama iaitu penuh misteri.

Kadoi menerangkan lagi pembinaan balai ini adalah di inspirasikan daripada gaya Gothic yang popular di barat sekitar 1700 yang ketika itu digunakan untuk bangunan-bangunan keagamaan. Ini menerangkan persekitaran seperti gereja pada ruang utama balai polis tersebut.

Balai ini juga menarik kerana ianya dicipta menerusi pemikiran orang Jepun yang membina bangunan di barat. Sekiranya balai ini dibina daripada pembangun dari barat, sudah tentu ianya mendapat hasil yang mendatar. Dengan kemajuan grafik dan juga memenuhi jangkaan pemain, persekitaran video game perlu lebih meyakinkan. Ini menyebabkan mereka membina satu kisah latar untuk balai polis ini.

Sekiranya pemain membaca risalah-risalah dalam game ini, ia menerangkan bangunan tersebut sebelum ini adalah sebuah muzium kesenian; jadi ini memberikan sedikit “realism” berkenaan jalan-jalan tersembunyi dan teka-teki didalamnya sebagai salah satu tarikan muzium itu.

Penataan Cahaya

Perbezaan yang ketara antara versi 1998 dan 2019 adalah penggunaan cahaya. Dalam versi remake, koridor dan biliknya adalah samar dan gelap, memaksa pemain menggunakan lampu suluh; menjadikannya lebih menyeramkan.

Kadoi ingin memberikan perasaan bahawa ada sesuatu dalam kegelapan yang sedang memerhati pemain. Ini dapat dirasakan sepanjang pemain berada di balai ini. Koridor dengan limpahan paip bocor ataupun kilauan merah darah ketika lampu suluh sedang di kilas menunjukkan lagi keberkesanan kesan efek pencahayaan Capcom.

Satu lagi keberkesanan dalam ciptaan balai ini adalah membawakan semula zaman 90an seperti fesyen rambut Leon, monitor komputer yang besar dan juga prop-prop kecil yang lain yang tepat daripada zaman tersebut.

Banyak sebab mengapa balai RPD adalah persekitaran yang menarik; daripada bagaimana ia dibina daripada pusat kebudayaan, seni bina, bagaimana saat tenang terganggu dengan zombie masuk dengan memecahkan tingkap dan semestinya; kehadiran Tyrant.

Kadoi juga mengatakan, sindirannya adalah balai polis sering dianggap tempat yang selamat dan anggotanya bertanggungjawab melindungi orang awam; tetapi dalam game ini, ia adalah sebaliknya..

Sumber: PC Gamer

Tags: Capcomkazunori kadoiResident Evil 2 Remake
Previous Post

Dapatkan Overcook Secara Percuma di Epic Games Store untuk masa yang Terhad!

Next Post

Funko Avatar: the Last Airbender Aang Di Atas Airscooter Kembali

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Funko Avatar: the Last Airbender Aang Di Atas Airscooter Kembali

Funko Avatar: the Last Airbender Aang Di Atas Airscooter Kembali

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd