Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV – Malignant bermula 20 Julai! Info kandungan Season 1!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV – Malignant bermula 20 Julai! Info kandungan Season 1!
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui siaran langsung malam tadi, Diablo IV telah mendedahkan isi kandungan bagi musim pertama yang diberi nama Season of the Malignant. Bakal memperkenalkan pelbagai Legendary Aspects, Uniques dan mekanik baharu yang diilhamkan oleh ciri Reaper of Souls, semua kandungan bertema ini akan dilancarkan pada 20 Julai.

Untuk gambaran umum, anda boleh lihat video di bawah:

Dalam Season of the Malignant, pemain dapat mencuba sejumlah misi bertema baharu dan ciri-ciri/mekanik unik. Pertama sekali adalah Malignant Hearts, yang boleh disamakan dengan Legendary Gems daripada Reaper of Souls. Malignant Hearts akan menjadi gimik utama untuk Musim 1, dan pemain dapat memasukkan barangan ini ke dalam gear untuk memperoleh bonus kuat.

Tidak seperti Legendary Gems, Malignant Hearts tidak boleh dikeluarkan daripada gear, tetapi ia boleh diganti. Endgame Diablo IV akan menampilkan 32 Malignant Hearts untuk dikumpulkan di mana pemain dapat memperoleh Malignant Hearts tertentu dengan menyelesaikan cabaran Malignant Tunnels yang tersebar di seluruh dunia.

Kredit: Blizzard Entertainment

Pada masa yang sama, musuh Elite yang mengandungi Malignant affix juga berkemungkinan untuk menjatuhkan item ini. Hanya barangan jenis Infested sahaja dapat dimasukkan Malignant Heart, jadi pemain perlu mencari barangan Infested juga jika mereka ingin memanfaatkan sepenuhnya mekanik baharu ini.

Walaupun Legendary Aspects daripada Codex of Power akan diteruskan ke musim baharu, pemain Diablo IV perlu membukanya semula dengan melengkapkan Season Journey. Walaupun banyak objektif boleh dilakukan dengan memainkan jalan cerita, item Malignant Hearts dan Infested hanya boleh didapati apabila pemain menamatkan kempen sekurang-kurangnya pada satu watak.

Kredit: Blizzard Entertainment

Berbeza daripada Codex of Power, Renown dalam Diablo IV akan dibawa sepenuhnya ke Season of the Malignant, dan pemain hanya perlu log masuk pada watak yang ingin dimainkan untuk menebus semua bos Renown yang layak, penerokaan kawasan baharu dan Altars of Lilith untuk wira bermusim mereka.

Bagi menghilangkan menghilangkan kerumitan semasa reset Paragon Board, Skill dan Passive, Scroll of Amnesia juga akan diperkenalkan selepas pelancaran Musim 1. Akhir sekali, Helltides juga akan menerima buff besar, kerana Uniques kini boleh diperoleh daripada Helltide Chests.

Kredit: Blizzard Entertainment

Diablo IV kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S manakala Season of the Malignant akan bermula pada 20 Julai. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DiabloDiablo IVSeason of the Malignant
ShareTweetSend
Previous Post

Battlefield 2042: Arkangel Directive bermula 11 Julai – mode perang 24v24!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Kenali Toji Fushiguro, “Sorcerer Killer” yang Digeruni Ramai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
Sekuel Stellar Blade Sedang Dibangunkan, Mungkin Tiba Sebelum 2027
Berita

Sekuel Stellar Blade Sedang Dibangunkan, Mungkin Tiba Sebelum 2027

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Kenali Toji Fushiguro, “Sorcerer Killer” yang Digeruni Ramai!

Jujutsu Kaisen: Kenali Toji Fushiguro, "Sorcerer Killer" yang Digeruni Ramai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd