Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Black Butler kembali selepas 10 tahun menghilang – Musim 4 dalam pembikinan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Black Butler kembali selepas 10 tahun menghilang – Musim 4 dalam pembikinan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 10 tahun sejak kita melihat anime Black Butler, jadi pasti ada ramai peminat yang menunggu anime itu untuk kembali. Di sini saya datang dengan berita baik kerana penantian anda selama hampir sedekad akan berakhir – anime Black Butler akan kembali dengan musim baru yang bakal dikeluarkan pada tahun depan!

Sempena itu, Twitter rasmi Black Butler telah menunjukkan trailer baharu dan poster istimewa yang anda boleh lihat di bawah:

Berita ini asalnya diumumkan oleh Crunchyroll semasa Anime Expo 2023 di mana mereka mengumumkan bahawa anime baharu Black Butler kini dalam pembikinan dan akan keluar pada tahun 2024. Malangnya, tarikh keluaran rasmi dan kandungan tentang plot tidak didedahkan.

Walaupun begitu, musim baharu dilabel sebagai sekuel kepada anime dan bukannya reboot, jadi jalan cerita kemungkinan besar akan mengadaptasikan Phantomhive Manor Murders Arc (story arc ke-5 dalam manga). Dalam naratif ini, Ciel dan Sebastian perlu menyiasat pembunuhan seorang jurubank dari Jerman di jamuan makan yang dihadiri oleh tetamu penting dan kelas tinggi. Penuh dengan plot twist dan misteri, kedua-dua protagonis perlu cepat bertindak sebelum orang lain menjadi mangsanya.

Kredit: Square Enix

Jadi siapa yang bertanggung di belakang tabir?

Kita dapat pengesahan bahawa anime baharu Black Butler akan diarahkan oleh Kenjiro Okada untuk studio CloverWorks. Hiroyuki Yoshino akan bertindak sebagai ketua penulis, Yumi Shimizu akan menyediakan reka bentuk watak, dan Ryo Kawasaki akan menggubah muzik. Pelakon suara original juga akan kembali di mana Daisuke Ono akan menyuarakan Sebastian Michaelis manakala Maaya Sakamoto akan menyuarakan Ciel Phantomhive.

Kredit: Square Enix

Bagi mereka yang tidak tahu, Black Butler ialah siri manga Jepun yang dihasilkan oleh Yana Toboso. Ia disirikan dalam majalah Monthly GFantasy terbitan Square Enix sejak September 2006 dan mudah naik populariti tinggi di kalangan penonton kerana kisahnya yang unik. Berikutan itu, sebuah adaptasi anime sebanyak 24 episod telah dibuat dan disiarkan dari Oktober 2008 hingga Mac 2009. Ini diikuti oleh Musim 2 yang disiarkan dari Julai hingga September 2010 dan Musim 3 bertajuk Black Butler: Book of Circus yang disiarkan antara Julai dan September 2014.

Kredit: Square Enix

“Ciel Phantomhive ialah budak lelaki paling berpengaruh di seluruh England, tetapi dia menanggung parut penderitaan yang tidak terkata.

Dipaksa untuk menonton ibu bapa tercintanya dibunuh dengan kejam, Ciel kemudian diculik dan diseksa oleh manusia jahat. Terdesak untuk menamatkan penderitaannya, budak itu menyerah rohnya sendiri untuk membalas dendam, lalu membuat pakatan dengan satu-satunya orang yang dia boleh bergantung: Sebastian, pelayan syaitan dari neraka.

Bersama, mereka menjelajah lorong paling gelap di London dalam misi untuk membasmikan orang-orang yang melakukan kejahatan.”

Sinopsis

Untuk baca segala berita terkini tentang game, anime dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlack Butler
ShareTweetSend
Previous Post

Pra-pendaftaran Code Geass: Lost Stories kini dibuka untuk Andoid & iOS!

Next Post

PS5 Slim Mungkin Lancar pada 2023, Sama Harga Dengan PS5 Digital- Menurut Microsoft

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PS5 Slim Mungkin Lancar pada 2023, Sama Harga Dengan PS5 Digital- Menurut Microsoft

PS5 Slim Mungkin Lancar pada 2023, Sama Harga Dengan PS5 Digital- Menurut Microsoft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd