Dengan acara Anime Expo 2023 sedang berlangsung, sudah pasti banyak pengumuman menarik yang telah diumumkan. Semasa panel Crunchyroll berlangsung, kita telah didedahkan dengan trailer terbaharu untuk siri anime Solo Leveling, siri manhwa popular oleh DUBU dan Chugong. Anda boleh tonton trailer Solo Leveling yang baharu di bawah.
Melalui trailer tersebut, kita diperkenalkan dengan watak-watak yang akan memainkan peranan penting dalam siri Solo Leveling. Yang menariknya, nama-nama yang ditayangkan dalam trailer menggunakan nama sebenar watak dan bukanlah nama versi Jepun seperti yang didedahkan dalam laman web rasmi. Bukan setakat itu sahaja, pelakon suara untuk setiap watak dalam trailer baharu itu juga telah didedahkan. Jom kita lihat barisan pelakon suara siri ini!
- Sung Jinwoo: Taito Ban
- Yoo Jinho: Genta Nakamura
- Baek Yoonho: Hiroki Touchi
- Choi Jong-In: Daisuke Hirakawa
- Cha Hae-In: Reina Ueda
- Woo Jinchul: Makoto Furukawa
- Go Gunhee: Banjo Ginga
Seperti yang diumumkan sebelum ini, siri anime Solo Leveling bakal ditayangkan pada musim sejuk akan datang. Bermakna ada kemungkinan besar ia akan ditayangkan pada awal tahun 2024 nanti. Studio A-1 Pictures pula bertanggungjawab dalam penghasilan animasinya.

Untuk anda yang tidak tahu, Solo Leveling merupakan sebuah manhwa yang merupakan adaptasi daripada web novel yang ditulis oleh Chugong. Siri manhwa ini telah pun tamat dan anda boleh membacanya melalui platform rasmi seperti Tapas. Bab ekstra juga sudah tersedia untuk dibaca. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post