Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections umum “Story Mode” istimewa – Naruto jadi jahat?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections umum “Story Mode” istimewa – Naruto jadi jahat?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung minggu lepas, Bandai Namco dan CyberConnect2 mengumumkan bahwa game aksi lawan-lawan Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections akan menampilkan “Story Mode” istimewa bersama dua watak original bernama Nanashi dan Merz.

Diumumkan semasa Bandai Namco Summer Showcase di Anime Expo 2023, anda boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Kandungan Story Mode istimewa

Menurut sinopsis oleh Bandai Namco;

Naruto menyerang Sasuke? Apa yang berlaku antara mereka? Adakah Boruto mampu menghentikan krisis Perang Dunia Shinobi Kelima?

Kredit: Bandai Namco

Seperti yang korang semua dapat baca daripada sinopsis, Story Mode khas ini berlatarkan Boruto sebagai watak utama, dan berlangsung semasa Perang Dunia Shinobi Kelima. Kali ini, Perang Dunia bakal tercetus disebabkan oleh Merz, seorang lelaki misteri yang menutup matanya dengan kain dan memiliki badan penuh parut.

Motifnya tidak diketahui, tetapi kita tahu Merz sedang mengumpulkan tentera-tentera kuat untuk melawan Kampung Konoha. Boruto dan rakan-rakan sedang bergegas ke medan perang untuk cuba membantu dan mereka dibantu oleh Nanashi, watak navigator daripada game mobile Ninja Heroes.

Kredit: Bandai Namco

Paling mengejutkan sekali adalah Naruto nampaknya dikawal minda oleh musuh, lalu menjadikannya sebagai musuh. Memandangkan tiada siapa yang cukup kuat untuk uruskan Naruto, tanggungjawab berat ini terserah kepada Sasuke – yang harus berlawan kawan karibnya sekali lagi.

Buat masa ini, itu sahaja yang kita tahu tentang “Story Mode” istimewa dalam Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections…

Kredit: Bandai Namco
Kredit: Bandai Namco

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections dicipta sempena ulang tahun anime francais yang ke-20 dan menawarkan senarai watak terbesar dalam mana-mana game NARUTO. Selain total 124 watak daripada game sebelumnya dan penambahan Boruto Karma, Kawaki, dan Jigen, Ultimate Ninja Storm Connections juga akan menambah Otsutsuki Ashura dan Indra, Uzumaki Naruto (Baryon Mode) dan Uchiha Sasuke (Supporting Kage).


Buat sesiapa yang berminat, Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada tahun ini. Tarikh keluaran tepat tidak diumumkan. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutonarutoNaruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONSstory mode
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Gundam Seed Freedom Sah Ditayangkan pada 2024! Trailer & Visual Didedahkan!

Next Post

Pelakon Suara Anime One Piece Akan Pinjamkan Suara untuk Siri Live Action!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Pelakon Suara Anime One Piece Akan Pinjamkan Suara untuk Siri Live Action!

Pelakon Suara Anime One Piece Akan Pinjamkan Suara untuk Siri Live Action!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd