Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba Ghost Trick: Phantom Detective sekarang di PS4, Switch, XB1 & Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2023
in Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Cuba Ghost Trick: Phantom Detective sekarang di PS4, Switch, XB1 & Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini CAPCOM mengumumkan bahawa game adventure mystery Ghost Trick: Phantom Detective kini tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One dan Steam untuk semua orang cuba! Jika anda tertanya tentang game ini, sila lihat trailer baharu di bawah atau mencuba demo percuma.

Bagi mereka yang tidak tahu, game ini merupakan HD remaster untuk game original yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2010, Dihasilkan oleh Shu Takumi (pencipta Ace Attorney), Ghost Trick: Phantom Detective kembali dengan grafik resolusi tinggi dan ciri-ciri serba baharu untuk meningkatkan gameplay pada konsol moden.

Kredit: CAPCOM

Kisah Ghost Trick tertumpu pada Sissel, protagonis yang baru meninggal dunia tetapi lupa tentang siapa dirinya dan bagaimana dia meninggal dunia. Misi kita adalah untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini. Dengan mengawal Sissel, kita boleh menggunakan kuasa luar biasanya untuk menyelamatkan nyawa. Semasa segmen gameplay, pemain boleh bertukar antara Land of the Living, di mana masa berjalan seperti biasa, dan Ghost World, di mana masa dihentikan.

Di Ghost World, Sissel boleh mengembara antara objek dalam radius tertentu dan di Land of the Living, Sissel boleh menghidupkan objek ini untuk melakukan pelbagai, dikenali sebagai “Ghost Trick”, yang membuka laluan baharu atau mempengaruhi watak di sekelilingnya.

Kredit: CAPCOM

Sebagai contoh, dengan mengalihkan dulang donat, watak tertentu akan menukar tempat dia sedang duduk, lantas memberi akses untuk Sissel pergi ke kawasan baharu. Manfaatkan kuasa Ghost Trick untuk mengubah keadaan, dan mengubah masa depan dengan menyelamatkan nyawa orang.

Kredit: CAPCOM

Demo dan prologue

Kredit: CAPCOM

Seperti saya kata tadi, anda boleh mencuba versi demo yang mengandungi 2 bab pertama dalam game. Data daripada demo turut boleh dibawa ke game penuh, jadi pemain tidak perlu mengulang semula daripada awal.

Pada masa yang sama, CAPCOM telah mengeluarkan Empat Prolog di laman web rasmi. Prolog ini merupakan cerita pendek tentang testimoni empat orang yang relevan dengan kejadian sebelum peristiwa di permulaan game. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, sila baca alang-alang ia disediakan secara percuma.


Sekali lagi saya ingatkan, Ghost Trick: Phantom Detective kini tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One dan Steam. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ghost Trick: Phantom Detective
ShareTweetSend
Previous Post

BlizzCon kembali pada 3-4 November 2023! Tiket mula dijual 8 Julai!

Next Post

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pengalaman VR Gran Turismo 7 — Temu ramah Bersama Produser, Kazunori Yamauchi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pengalaman VR Gran Turismo 7 — Temu ramah Bersama Produser, Kazunori Yamauchi!

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pengalaman VR Gran Turismo 7 -- Temu ramah Bersama Produser, Kazunori Yamauchi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd