Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Ingin Kurangkan Isu “Scalping” untuk Konsol Terbaharu Mereka

Maira by Maira
June 28, 2023
in Artikel, Berita, Game, Konsol
0 0
0
Nintendo Ingin Kurangkan Isu “Scalping” untuk Konsol Terbaharu Mereka

Kredit: Unsplash

Share on FacebookShare on Twitter

Anda pasti teringat semasa konsol game mengalami masalah stok kerana kekurangan bahan untuk penghasilannya. Ditambah pula dengan pandemik serta kegiatan scalper memang susah betul untuk kita dapatkan konsol game dengan harga pasaran. Nintendo nampaknya risau dengan kegiatan tersebut dan ingin mengelakkan perkara tersebut berlaku pada konsol mereka yang baharu.

Kredit: Nintendo

Semasa sesi Q&A mesyuarat pemegang saham Nintendo yang diadakan pada bulan Mei yang lalu, ada yang bertanya kepada Nintendo tentang jika mereka akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan konsol baharu mereka akan mudah dibeli oleh pemain dan kegiatan scalper dapat dicegah. Memandangkan konsol Switch juga pernah melalui fasa scalper, sudah tentu ramai yang risau mengenainya.

Kredit: Tomoki Mera

Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa menjawab bahawa mereka mengambil perhatian terhadap perkara tersebut dan menyatakan bahawa mereka akan “mengeluarkan dan menghantarkan (konsol) dalam jumlah yang boleh memenuhi permintaan pelanggan”.

Senang cerita, syarikat tersebut ingin menghasilkan stok yang cukup banyak sebelum mula memasarkan konsol baharu mereka. Tambah Shuntaro lagi, mereka turut pertimbangkan langkah lain mengikut keadaan.

Sumber: Kiyoshi Ota

Buat masa ini, masih tiada berita mengenai generasi baharu konsol oleh Nintendo. Ada laporan yang mengatakan bahawa konsol tersebut masih dalam pembangunan dan sedang berjalan dengan lancar. Nampaknya kita kenalah tunggu Nintendo bersedia untuk memperkenalkannya nanti.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendonintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Manga spesial Minato akan keluar pada 18 Julai, kisah ayah Naruto semasa muda

Next Post

Orang Malaysia lagi suka main Lato-Lato Mobile daripada PUBG Mobile, menurut data kajian

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Next Post
Orang Malaysia lagi suka main Lato-Lato Mobile daripada PUBG Mobile, menurut data kajian

Orang Malaysia lagi suka main Lato-Lato Mobile daripada PUBG Mobile, menurut data kajian

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd