Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ousama Ranking umum filem pertama! Kisah putera cacat tapi tidak pernah putus asa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri
0 0
0
Ousama Ranking umum filem pertama! Kisah putera cacat tapi tidak pernah putus asa!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam industri yang penuh dengan anime shonen, Ousama Ranking berjaya menambat hati seluruh dunia dengan kisah “jangan putus asa” dengan protagonis yang comel tetapi serba kekurangan. Kini, kita dapat pengesahan rasmi bahawa filem pertama Ousama Ranking kini dalam pembikinan!

┻┻┻

👑
TVアニメ「#王様ランキング」
完全新作劇場版
制作決定🎊

┻┻┻

引き続き応援をよろしくお願いします✨ pic.twitter.com/e5w3B7sWWK

— 王様ランキング 公式 (@osama_ranking) June 22, 2023

Berita ini diumumkan melalui halaman Twitter rasmi hari ini. Walaubagaimanapun, mereka tidak mengesahkan sama ada filem itu akan menampilkan jalan cerita serba baharu atau mengadaptasi kisah daripada manga. Malah, tarikh keluaran dan siapa yang akan menguruskan animasi pun tidak diumumkan.

Menurut posting Twitter, mereka hanya berkata:

“Animasi TV Ousama Ranking – Keputusan produksi versi filem baharu sepenuhnya. Terima kasih atas sokongan berterusan anda.”

Kredit: WIT Studio

Bagi mereka yang tidak tahu, Ousama Ranking adalah siri manga fantasi Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Sosuke Toka. Ia diterbitkan secara online melalui laman web Manga Hack sejak Mei 2017 dan dikumpulkan dalam enam belas jilid tankobon.

Selepas menjadi semakin popular, ia menerima adaptasi anime yang dihasilkan oleh Wit Studio dan mula disiarkan dari Oktober 2021 hingga Mac 2022. Selepas itu, siri anime spin-off Ousama Ranking: The Treasure Chest of Courage mula disiarkan dari April hingga Jun 2023.

Kredit: WIT Studio

Sinopsis

Manga ini mengisahkan tentang Bojji, seorang putera yang pekak, bisu dan lemah yang tidak berdaya untuk mengangkat walau hanya pedang kanak-kanak. Sebagai anak lelaki sulung, dia berusaha keras dan berimpian untuk menjadi raja terhebat di dunia. Walau bagaimanapun, semua orang mengutuk Bojji dan menggelarnya sebagai “putera yang tidak berguna” dan anggap dia “tidak mungkin boleh menjadi raja.”

Bojji berjaya membuat kawan pertamanya, “Kage” — sejenis bayang yang entah bagaimana dapat memahami kata-kata Bojji walaupun dia tidak dapat bercakap. Rupanya, Kage berasal daripada puak pembunuh upahan dan adalah satu-satunya insan yang terselamat daripada dibunuh. Kisah ini mengikuti perjalanan Bojji ketika dia bertemu dengan pelbagai orang dalam hidupnya, bermula dengan Kage sehingga dia dapat mencapai impiannya menjadi raja.

Kredit: WIT Studio

Apa pendapat korang pasal filem Ousama Ranking? Harap-harap keluar lah kat Malaysia! Baca segala berita kami tentang siri ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemmovieOusama Ranking
ShareTweetSend
Previous Post

Koleksi UT Uniqlo Naruto kini tersedia di Malaysia – Jom serbu ramai-ramai!

Next Post

Cyberpunk 2077 ada klon mobile dari China, katanya gameplay 100% seperti PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Cyberpunk 2077 ada klon mobile dari China, katanya gameplay 100% seperti PC

Cyberpunk 2077 ada klon mobile dari China, katanya gameplay 100% seperti PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd