Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Gundam Seed Baharu Dirancang Untuk Tayangan Sebelum Mac 2024

Maira by Maira
June 22, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Filem Gundam Seed Baharu Dirancang Untuk Tayangan Sebelum Mac 2024

Sumber: Sunrise

Share on FacebookShare on Twitter

Gundam merupakan sebuah francais yang besar dengan lebih daripada 50 siri yang telah ditayangkan, termasuklah siri Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury. Terdapat juga beberapa projek filem yang telah diumumkan termasuklah filem untuk Gundam Seed yang diumumkan pada 2006. Nampaknya ada kemas kini baharu mengenai filem tersebut.

Sumber: Sunrise

Melalui ANN, Bandai Namco Group telah menyatakan dalam pembentangan fiskal tahunan terbaharu mereka bahawa projek filem Mobile Suit Gundam Seed telah pun dirancang untuk dilepaskan pada tahun fiskal semasa. Kalau betul apa yang dirancangkan, ada kemungkinan besar filem tersebut ditayangkan pada tahun ini ataupun sebelum penghujung Mac 2024 kerana fiskal semasa Bandai Namco Group berakhir pada Mac 2024.

Filem Gundam Seed
Sumber: Sunrise

Kalau anda ingin tahu, projek ini merupakan sebahagian daripada Mobile Suit Gundam Seed Project ignited pada 2021. Ia bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri asal Gundam tersebut termasuklah beberapa game serta manga.

Pengarah siri, Mitsuo Fukuda juga telah mengesahkan bahawa filem tersebut merupakan sekuel kepada siri Gundam Seed Destiny. Sudah pasti ramai yang teruja untuk menontonnya nanti.

Sumber: Sunrise

Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi daripada Bandai Namco Group pada masa akan datang. Kalau ia ditayangkan di Malaysia pasti menarik. Lagi pun Gundam Cucuruz Doan’s Island pernah ditayangkan di pawagam Malaysia. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Mobile Suit Gundam SeedMobile Suit Gundam SEED Project Ignited
ShareTweetSend
Previous Post

Patch terbaru Star Wars Jedi: Survivor selesaikan pelbagai masalah baru

Next Post

Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 28 September – gameplay pertama dipamerkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 28 September – gameplay pertama dipamerkan!

Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 28 September - gameplay pertama dipamerkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd