Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Anime Genshin Impact Bakal Atasi Animasi Demon Slayer!

Maira by Maira
June 20, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
[Khabar Angin] Anime Genshin Impact Bakal Atasi Animasi Demon Slayer!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada September 2022, kita telah didedahkan dengan projek anime Genshin Impact yang akan dihasilkan oleh ufotable. Setelah lama tiada berita mengenai projek tersebut, keluar pula khabar angin mengenainya baru-baru ini di Twitter. Elok selepas tayangan episod akhir untuk siri Demon Slayer Musim 3 tamat, khabar angin ini muncul. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Sumber: HoYoverse

Khabar angin yang sedang dibualkan dalam kalangan peminat anime dan pemain Genshin Impact muncul selepas satu akaun “leaker” menyatakan bahawa animasi anime Genshin Impact lebih baik berbanding Demon Slayer. Bukan setakat itu sahaja, akaun itu turut menambah bahawa barisan staf yang akan menghasilkan anime tersebut bukanlah staf biasa-biasa. Mungkin kita akan nampak nama-nama besar industri untuk penghasilannya.

Sumber: HoYoverse

Memandangkan ini hanya khabar angin daripada leaker, sudah tentu kita tidak boleh percaya sepenuhnya. Tetapi kenyataannya memang menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila ia membandingkannya dengan siri Demon Slayer yang turut dihasilkan oleh ufotable.

Walaupun begitu, ramai peminat mengatakan mereka tidak begitu terkejut jika animasi Genshin Impact benar-benar hebat. Malah ramai yang menjadi teruja untuk melihat teaser mahupun trailer untuk projek anime tersebut.

Tentang projek anime Genshin Impact

Projek anime itu sudah tentu berdasarkan karya oleh HoYoverse. Untuk muzik original pula, ia akan dihasilkan oleh Yu-Peng Chen @HOYO-MiX. Khas untuk muzik trailer, ia dihasilkan sendiri oleh ufotable.

Melihat daripada trailer konsep yang telah didedahkan, mungkin kita boleh nantikan beberapa animasi pendek untuk beberapa arc yang menarik daripada game. Nampaknya kita hanya mampu menunggu sebelum maklumat lanjut mengenai projek anime ini didedahkan. Teringin juga ingin tahu jika projek anime ini mengadaptasi arc game mengikut region ataupun siri original yang memaparkan watak-watak Genshin seperti dalam manga.

Nampaknya kita kenalah tunggu pendedahan rasmi daripada HoYoverse nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Demon SlayerGenshin ImpactKimetsu No YaibaUfotable
ShareTweetSend
Previous Post

FIFA Football atau eFootball? Game bola sepak mana yang lagi menarik?

Next Post

Unboxing Final Fantasy XVI Collector’s Edition – Berbaloi untuk tegar RPG!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Unboxing Final Fantasy XVI Collector’s Edition – Berbaloi untuk tegar RPG!

Unboxing Final Fantasy XVI Collector’s Edition - Berbaloi untuk tegar RPG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd