Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5 Tactica: Kenali Lebih Lanjut Tentang Cerita, Watak & Sistem Combat!

Maira by Maira
June 19, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 5 Tactica: Kenali Lebih Lanjut Tentang Cerita, Watak & Sistem Combat!
Share on FacebookShare on Twitter

Persona 5 Tactica yang diumumkan semasa Xbox Games Showcase yang lalu telah mendedahkan beberapa maklumat baharu mengenai game tersebut. Antara maklumat baharu yang didedahkan adalah kisah, watak, sistem combat dan juga DLC game. Tanpa membuang masa, jom kita lihat maklumat terbaharu mengenainya.

Kisah sebuah revolusi

Pada musim sejuk; dengan hari graduasi yang menghampiri, Phantom Thieves telah berkumpul di LeBlanc untuk sambut bersama. Malangnya sambutan tersebut terpaksa dihentikan setelah fenomena aneh berlaku dan kafe mula bergoncang. Setelah itu, mereka menemui satu cahaya yang menyelubungi pintu kafe. Secara berhati-hati mereka membuka pintu tersebut dan mendapati mereka berada di dunia lain yang tidak diketahui.

Mereka telah diserang oleh sekumpulan tentera yang dipanggil Legionnaires. Dilabel sebagai pemberontak, Joker dan kawan-kawannya telah dikepung dan masing-masing menjadi buntu. Mereka bernasib baik apabila diselamatkan oleh gadis bernama Erina, yang menjemput mereka sertai revolusinya.

Sumber: ATLUS

Watak-watak utama

  • Protagonis
  • Morgana
  • Erina
    • Watak baharu yang menyelamatkan Phantom Thieves daripada situasi hidup-atau-mati. Dia mengetuai kumpulannya yang bernama Rebel Corps. Menjemput Phantom Thieves dalam usahanya untuk memberontak terhadap pemerintah yang menindas.

Sistem combat

Sumber: ATLUS
Pertarungan Strategik Three-Person

Dalam RPG taktikal ini, pemain membentuk parti bertiga menggunakan Joker, Phantom Thieves yang lain dan Erina. Kedudukan dan penyelarasan pasukan anda adalah penting untuk sistem pertempuran baharu game yang menarik.

Sumber: ATLUS
Elemen “One More” & “Persona” kembali

Pemain boleh alami combat unik daripada siri Persona 5, tidak kiralah menembak, menyerang atau menyeru Persona. Jika musuh tumbang, pemain akan ditawarkan dengan serangan “One More” untuk serangan susulan.

Sumber: ATLUS
Serangan Triple Threat

Sistem combat baharu ini membawa ciri All-Out Attack yang berbeza. Kepung musuh yang telah tumbang dengan tiga ahli parti yang lain dan gunakan serangan hebat Triple Threat!

Muzik

Lyn kembali untuk meminjam vokalnya untuk tema pembukaan, penutup dan trek pertarungan. Muzik akan dikompos oleh Toshiki Konishi daripada ATLUS Sound Team, yang pernah terlibat dalam Persona Super Live 2022 sebagai gitaris.

Sumber: ATLUS

DLC “Repaint Your Heart” tersedia pada hari pelancaran!

Sebuah DLC yang mengandungi kandungan cerita tambahan tersedia apabila game dilancarkan pada 17 November 2023. Sebagai tambahan, watak kegemaran peminat dan mode pertarungan baharu akan tersedia. DLC boleh dibeli berasingan atau melalui Digital Deluxe Edition. Info lanjut akan didedahkan pada masa akan datang.

Bonus khas pra-tempah

Pemain yang membeli game ini lebih awal akan menerima dua persona iaitu Orpheus Picaro dan Izanagi Picaro sebagai bonus khas.

Sumber: ATLUS

Persona 5 Tactica dijadualkan untuk lancar pada 17 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: P5TPersona 5 Tactica
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 362 – Upacara Black Bull terganggu, Asta masih sangkut di Land of the Sun!

Next Post

MLBB: Sejarah MPL MY dari Musim 1 hingga Musim 11 termasuk juara & MVP!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MLBB: Sejarah MPL MY dari Musim 1 hingga Musim 11 termasuk juara & MVP!

MLBB: Sejarah MPL MY dari Musim 1 hingga Musim 11 termasuk juara & MVP!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd