vivo Malaysia baru sahaja melancarkan phone terbaru mereka secara rasmi iaitu vivo Y36 5G di Malaysia dan ia sudah tersedia untuk didapatkan. Y36 5G ini telah pun dikategorikan sebagai phone bajet di Malaysia yang dilengkapi dengan MediaTek Dimensity 6020 bersama 256 GB storan dan 8 GB + 8 GB Extended RAM.
Memandangkan kami telah mempunyai peluang untuk mencuba phone ini, jom kita lihat apa yang vivo Y36 5G ini boleh lakukan.
Reka Bentuk

vivo Y36 5G yang ada pada tangan kami didatangkan dengan warna Semporna Green, ia adalah warna hijau cair yang sangat cantik dan telah diinspirasikan dari warna air laut di Semporna, Sabah. Phone ini didatangkan dengan ketebalan sekitar 8mm dan beratnya hanya 190gram sahaja. Memang sangat ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Bahagian belakang phone ini menggunakan bahan kaca yang mampu memantulkan cahaya dan boleh digunakan sebagai cermin. Y36 5G ini menampilkan reka bentuk Dual Ring pada bahagian kamera dan bump-nya pula tidak agak tebal dan mudah untuk dijaga.
Saya sebenarnya agak suka dengan bahagian belakang phone ini kerana ia nampak sangat “clean”. Cuma apa yang saya risaukan adalah cap jari yang melekat padanya. Tetapi, saya pasti ramai yang akan menggunakan casing untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
Terdapat slot simcard di bahagian atas. Di bahagian kanan pula terdapat volume dan power button yang berfungsi sebagai thumbprint. Manakala di bahagian bawah pula, terdapat lubang speaker, pengecas Type-C dan 3.5mm audio jack.
Keseluruhan binaan phone ini agak “solid” dan langsung tidak terasa seperti phone murah yang menggunakan plastik. Hal ini kerana, mereka menggunakan bahan seperti plastik yang berkualiti tinggi pada bahagian belakang dan aluminium pada keliling phone ini. Bagi saya, ia cukup selesa untuk dipegang sama ada untuk scroll media sosial atau memegangnya semasa bermain game.
Skrin

Y36 5G ini didatangkan dengan paparan LCD yang bersaiz 6.64 inci FHD+ (2388 x 1080) dan menampilkan reka bentuk dotch. Skrin ini juga didatangkan dengan refresh rate 60Hz sahaja untuk mengekalkan phone ini dalam senarai bajet. Walaupun hanya didatangkan dengan 60Hz sahaja, kadar touch sampling yang diberikan pada Y36 5G sangat tinggi.
Phone ini juga dilengkapi dengan colour gamut P3 dan kecerahan maksimum sehingga 650 nits. Disebabkan itu, phone ini sangat sesuai untuk digunakan pada pelbagai pencahayaan tidak kira sama ada berada di dalam bilik yang gelap atau di bawah cahaya matahari yang sangat terang. Oleh itu, vivo Y36 5G ini sangat sesuai untuk para pengguna di Malaysia.

Semasa menonton anime atau video, saya perasan yang paparan yang dihasilkan oleh phone ini nampak agak “sharp” dan warnanya juga agak vibrant. Oleh itu, ia mampu memberikan pengalaman menonton yang sangat baik dan lebih menyeronokkan.
Storan

vivo Y36 5G ini dilengkapi dengan 256GB storan dan 8 GB + 8 GB Extended RAM yang mampu menjalankan pelbagai jenis aplikasi dengan sangat baik. Jangan pandang rendah pada jumlah RAM yang disediakan kerana ia telah dilengkapi dengan Extended RAM 3.0 di mana anda boleh mengekalkan lebih banyak aplikasi aktif, membuka aplikasi “background” tanpa memuat semula dan menunggu lama.
Bercerita tentang spesifikasi, Y36 5G ini dilengkapi dengan MediaTek Dimensity 6020 yang mampu menyokong prestasi tinggi teknologi 5G. Dengan kelajuan clock maksimum 2.20GHz, ia sudah cukup untuk para pengguna membuat pelbagai aktiviti sama ada bermain game, menonton video atau “scroll” media sosial.
Bateri

Phone ini didatangkan dengan bateri yang berkapasiti besar iaitu 5000 mAh dan pengecasan pantas Flash Charge 44W. Dengan menggunakan pengecas yang disediakan, saya dapat mengecas phone ini dengan sangat pantas di mana bateri boleh mencapai 70% dalam lebih kurang setengah jam sahaja.
Walaupun ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk penuh, saya tetap berpuas hati kerana saya masih dapat menggunakan phone ini dengan sangat lama.

Bateri yang didatangkan dalam phone ini sangat besar sehingga saya mempunyai masalah bagaimana untuk menghabiskannya dengan sangat cepat. Walaupun telah bermain game dalam 2-3 jam berturut-turut, bateri hanya turun sedikit sahaja.
Memandangkan main game pun tidak memberikan kesan yang besar pada bateri ini, sudah pasti anda boleh membuat pelbagai aktiviti dalam tempoh yang sangat lama.
Benchmark & Pengalaman Bermain

Antutu – 436304
Semasa menggunakan vivo Y36 5G, saya sempat bermain beberapa game seperti Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile.

Untuk Mobile Legends, saya bermain pada tetapan grafik tinggi (High) dan saya boleh katakan yang saya langsung tidak mempunyai sebarang masalah semasa bermain game ini. Warna yang dihasilkan oleh paparan ini mampu memberikan keseronokkan dan menjadikan prestasi bermain itu lebih baik.

Sama juga kepada PUBG Mobile, saya langsung tidak berhadapan apa-apa masalah sepanjang saya bermain. Apa yang saya lihat adalah warna yang dipaparkan itu, ia kelihatan sangat timbul dan persekitaran kawasan itu nampak lebih menonjol. Secara tidak langsung, saya mudah nampak musuh.
Phone juga tidak terasa terlalu panas walaupun bermain dalam tempoh masa yang sangat lama. Saya bermain dalam tempoh 2-3 jam secara berturut-turut dan langsung tidak terasa panas pada phone ini.
Kamera

vivo Y36 5G menggunakan reka bentuk Dual Ring dengan Fantasy Frame untuk meletakkan kamera pada bahagian belakang phone di mana ia dilengkapi dengan 50 MP fun camera dan bokeh kamera 2 MP.
Fantasy Frame ditambah pada modul kamera dan boleh mempersembahkan tekstur rainbow-like dalam cahaya matahari, menambahkan sentuhan kemeriahan.
Walaupun hanya didatangkan dengan hanya satu sahaja kamera utama, anda sebenarnya boleh menggunakannya untuk menangkap pelbagai jenis gambar malah gambar macro juga boleh ditangkap dan cantik juga hasilnya.
Untuk menangkap gambar potrait yang lebih baik, mereka telah menyediakan mode Portrait Bokeh Flare dengan pelbagai kesan yang boleh dicipta oleh pengguna. Anda juga boleh memilih latar belakang untuk mendapatkan subjek utama lebih menonjol.

Mereka juga menawarkan Mode Double Exposure di mana ia mempunyai dua variasi iaitu Two Exposure yang boleh menggabungkan dua gambar bersebelahan dan Multiple Exposure pula boleh menggabungkan watak dan latar belakang untuk menghasilkan gambar yang unik.
Kamera belakang juga menyokong Mode Super Night Algorithm di mana ia boleh menyingkirkan multiple-frame untuk menangkap butiran vivid dalam keadaan cahaya yang sukar. Tambah pula dengan teknologi AI pencerahan, anda boleh menangkap gambar yang sangat indah walaupun dalam situasi pencahayaan yang tidak baik.
Untuk kamera hadapan pula, ia didatangkan dengan 16 MP HD yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar swafoto yang sangat cantik. Dengan menggunakan Mode Portrait, anda sebenarnya boleh mengubah suai tahap bokeh untuk menampakkan subjek lebih menonjol.
Ia juga dilengkapi dengan Super Night Algorithm yang digabungkan dengan Aura Screen Light untuk mengambil swafoto yang cantik dalam keadaan gelap.
Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil dengan menggunakan vivo Y36 5G:
Audio

Biasanya phone akan hadir dengan 100% volume sahaja tetapi untuk vivo Y36 5G ini, anda boleh memainkan audio pada 200% volume.
Hal ini kerana, Y36 5G mempunyai teknologi Hi-Res Audio Booster yang mampu menghasilkan audio sehingga 73 dB. Memandangkan Audio Booster ini telah dihidupkan secara “default”, anda hanya perlu menekan “Volume Up” sahaja sehingga 200%.
Pada pendapat saya, audio yang dihasilkan sangat kuat dan jelas tanpa ada sedikit pun kerosakan padanya. Lagi-lagi, semasa bermain game, pengalaman yang terhasil itu sudah cukup immersive dan impressive.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, vivo Y36 5G adalah sebuah phone bajet yang cukup bagus. Anda boleh buat pelbagai aktiviti dalam tempoh yang sangat lama disebabkan kapasiti bateri yang sangat besar. Malah anda juga boleh bermain game dengan prestasi yang cukup memuaskan.
Bukan setakat itu sahaja, gambar yang dihasilkan juga sangat cantik dan memenuhi cita rasa saya sebagai photographer newbie. Tidak kesah sama ada ianya adalah gambar portrait, landscape atau macro, semuanya nampak cantik.

Jadi, berapa pula harga vivo Y36 5G ini?

Dari 13 Jun hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli vivo Y36 5G boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk sepasang alat pendengar TWS dan jaminan lanjutan selama 1 tahun. Selain itu, pelanggan yang menerima SMS daripada kedai konsep vivo berhak mendapatkan perlindungan skrin selama 1 tahun namun perlu menebusnya dalam tempoh yang ditetapkan.
Korang boleh layari laman web rasmi vivo Malaysia DI SINI untuk mendapatkan spesifikasi penuh vivo Y36 5G!
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post