Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai Watak Anime Yang Mempunyai Latar Belakang yang Tragis!

Maira by Maira
June 14, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Fakta & Trivia, Manga, Senarai
0 0
0
Senarai Watak Anime Yang Mempunyai Latar Belakang yang Tragis!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap watak anime mempunyai latar belakang masing-masing. Walaupun begitu, bukan semua watak mempunyai kisah yang menggembirakan untuk diceritakan. Kami ada senaraikan beberapa watak anime yang mempunyai latar belakang yang tragis. Jadi tanpa membuang masa, berikut adalah senarainya:

Guts – Berserk

Sumber: Millepensee, GEMBA

Kisah lampau Guts antara kisah yang paling tragis dalam siri anime. Dia telah melihat ibu angkatnya mati di hadapan matanya malah dipersalahkan oleh orang ramai. Selepas itu, dia telah didera secara fizikal, mental dan seksual oleh bapa kandungnya.

Menerima pelbagai penderitaan dan pengkhianatan sepanjang hidupnya, Guts telah menjadi seseorang yang mempunyai pandangan yang suram mengenai kehidupan.

Dabi – My Hero Academia

Sumber: BONES

Antara salah satu villain yang membuat huru-hara dalam siri My Hero Academia. Siapa sangka dia sebenarnya anak kepada Endeavor, salah satu hero terhebat dunia. Dabi ataupun Toya Todoroki telah menjadi mangsa penderaan sejak kecil oleh bapanya, yang hanya melihatnya sebagai alat untuk mengatasi All Might.

Selepas tragedi yang berlaku di Sekoto Peak, Toya kini menggelarkan dirinya sebagai Dabi dan mulakan rancangan untuk memusnahkan reputasi bapanya.

Uchiha Itachi – Naruto

Sumber: Studio Pierrot

Pada mulanya dia seorang hero yang disegani di kampung Konoha. Melihat kekejaman yang berlaku semasa perang dunia keempat, dia telah berlatih dengan gigih untuk menjadi ninja yang kuat serta mencipta dunia tanpa keganasan.

Sehinggalah puak Uchiha sendiri ingin memberontak kepada Konoha. Itachi yang tidak mahu peperangan berlaku sekali lagi telah mengambil keputusan untuk mengkhianati puak Uchiha dan membunuh seluruh ahli puaknya itu kecuali Sasuke. Serba salah atas apa yang berlaku, Itachi anggap Sasuke adalah satu-satunya insan yang layak menjatuhkan hukuman atas dosa-dosanya.

Daripada menjelaskan perkara sebenar kepada Sasuke, Itachi menyertai Akatsuki untuk sambung misinya demi “menjaga keamanan dunia” daripada angkara jahat.

Hyakkimaru – Dororo

Sumber: MAPPA

Sejak lahir lagi Hyakkimaru telah menerima pelbagai dugaan. Bapanya yang kejam telah memberikan beberapa anggota badannya kepada demon untuk mendapatkan kekayaan. Selepas itu, Hyakkimaru telah dibiarkan mati selepas dibuang dalam sungai. Tetapi dia telah diselamatkan sebelum perkara lebih teruk berlaku.

Walaupun begitu, kehidupannya tidaklah senang lebih-lebih lagi dengan badannya yang tidak kelihatan seperti manusia biasa. Ingin mempunyai kehidupan seperti orang lain, dia telah belajar untuk bertarung dengan anggota badan palsu demi mengalahkan demon serta mendapatkan tubuhnya kembali.

Levi Ackerman – Attack on Titan

Sumber: Wit Studio

Anda mengenalinya sebagai kapten kepada Special Operations Squad yang berani semasa melawan Titan dengan ketangkasannya yang hebat. Seperti watak-watak yang lain, dia turut mempunyai latar belakang gelap. Kehidupannya dahulu bukanlah begitu senang sejak kecil lagi. Selepas kematian ibunya, dia telah dijaga oleh pakciknya, Kenny Ackerman yang turut mengajarnya pelbagai perkara termasuklah menggunakan senjata.

Selepas pakciknya meninggalkannya, dia menjadi samseng terkenal di Underground sehinggalah membuat keputusan untuk keluar daripada situ dan menyertai Survey Corps.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Anda boleh kongsikan watak anime lain yang turut mempunyai kisah tragis di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SenaraiSenarai watak animeWatak anime tragis
ShareTweetSend
Previous Post

F2P shooter XDefiant akan buka Open Session pada 21-23 Jun, bakal lancar tidak lama lagi!

Next Post

“Tokyo Ghoul bukan karya sukses” – luahan hati pencipta Sui Ishida

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Tokyo Ghoul bukan karya sukses” – luahan hati pencipta Sui Ishida

"Tokyo Ghoul bukan karya sukses" - luahan hati pencipta Sui Ishida

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd