Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections tambah Boruto (Karma), Kawaki, Jigen!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections tambah Boruto (Karma), Kawaki, Jigen!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections, game terbaharu dalam francais Ultimate Ninja Storm, akan menambah tiga watak baharu – Boruto Uzumaki (Karma), Jigen dan Kawaki! Ketiga-tiga watak itu adalah berdasarkan versi terkini dalam anime dan menumpukan kepada Karma – sumpahan yang dikenakan oleh ahli puak Otsutsuki.

Anda boleh tonton trailer gameplay rasmi dahulu:

Pada masa yang sama, Bandai Namco turut menunjukkan beberapa skil istimewa yang boleh dilakukan antara dua watak. Antaranya seperti;

Secret Combination Technique

Kredit: Bandai Namco Asia
  • Boruto Uzumaki (Karma) x Kawaki
    • Rasengan: Unison – Apabila tangan Kawaki menyentuh belakang Boruto, “Karma” mereka seolah-olah bertambah kuat. Menggabungkan kekuatan dua orang, Rasengan milik Boruto berlipat kali ganda lebih dahsyat dan pasti melakukan damage besar pada musuh.
  • Naruto Uzumaki x Kawaki
    • Rasengan: Ensemble – Naruto membaling musuh dalam mode Kurama, kemudian melakukan serangan cakar bersama Kawaki. Kemudian, serangan dari Rasengan dan Karma akan menyerang musuh secara serentak.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections dicipta sempena ulang tahun anime francais yang ke-20 dan menawarkan senarai watak terbesar dalam mana-mana game NARUTO.

Selain total 124 watak daripada game sebelumnya dan penambahan Boruto Karma, Kawaki, dan Jigen, Ultimate Ninja Storm Connections juga akan menambah Otsutsuki Ashura dan Indra, Uzumaki Naruto (Baryon Mode) dan Uchiha Sasuke (Supporting Kage).

Kredit: Bandai Namco Asia

Sebagai game definitif untuk siri anime popular ini, kisah Naruto dan Sasuke akan diceritakan semula dalam bentuk Super-Anime. Banyak adegan penting akan disusun semula bermula dari zaman kanak-kanak Naruto hingga pertempuran terakhirnya dengan Sasuke. Lebih seronok lagi, Bandai Namco akan menambah jalan cerita baharu yang eksklusif untuk game ini berkisarkan Boruto dan Susanoo misteri.

Akhir sekali, game ini akan menampilkan grafik tajam sehingga 60 fps pada PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC.


Buat sesiapa yang berminat, Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada tahun ini. Tarikh keluaran tepat tidak diumumkan. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutoJigenKawakiNaruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections
ShareTweetSend
Previous Post

Projek MCU, Avatar & Star Wars banyak ditangguhkan oleh Disney

Next Post

Siri Klasik Popular, Black Jack Akan Mendapat Manga Baharu Yang Dihasilkan oleh AI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Siri Klasik Popular, Black Jack Akan Mendapat Manga Baharu Yang Dihasilkan oleh AI!

Siri Klasik Popular, Black Jack Akan Mendapat Manga Baharu Yang Dihasilkan oleh AI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd