Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review F1 23 oleh EA Sports – Lumba ke garisan penamat bersama pasukan F1 kegemaran

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023 - Updated on June 14, 2023
in Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review F1 23 oleh EA Sports – Lumba ke garisan penamat bersama pasukan F1 kegemaran
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Oracle Red Bull Racing sedang mendominasi sukan lumba Formula 1 setakat ini, mungkin ada peminat yang ingin mencipta pasukan sendiri untuk mencabar mereka. Walaupun bukan di dunia sebenar tetapi sekurang-kurangnya korang boleh merealisasikan impian ini dalam game F1 23, yang bakal tiba tidak lama lagi!

Kami berpeluang mencuba game ini lebih awal untuk tujuan review dan selepas meluangkan masa beberapa hari dalam game ini, jelas ada banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh EA Sports dan Codemasters berbanding game sebelum.

Untuk review ini, saya tidak akan membincangkan tentang gameplay umum dan mode standard yang ditawarkan, sebaliknya saya akan menjelaskan tentang kandungan baru dan sama ada ia memberi peningkatan kepada gameplay secara keseluruhan. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk game F1 23.

Braking Point 2 penuh dramaaaa!

Kredit: Codemasters

Braking Point adalah story mode berdasarkan kisah fiksyen, yang asalnya membuat debut dalam F1 2021. Dalam Braking Point, kita mengikuti perjalanan Aiden Jackson sebagai pemandu terbaharu untuk memasuki Formula 1 dan sepanjang perjalanan itu, Aiden menghadapi banyak kesukaran, termasuk bertemu pesaingnya, Devon Butler, yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.

Kedua-duanya akan menjadi pesaing sengit, tetapi kali ini di Braking Point 2, Devon dan Aiden terpaksa bekerjasama di Konnersport Butler Racing Team, pasukan terbaharu untuk menyertai grid Formula 1.

Kredit: Codemasters

Musim 2022 dan 2023 akan menjadi sorotan utama dalam Braking Point 2 dan terdapat banyak watak baharu dalam jalan cerita selain beberapa watak lama. Antara watak baharu ialah Callie Mayer, juara Formula 2 dan juga kakak kepada Devon Butler.

Sebagai juara wanita pertama dalam siri F2, Callie tidak sabar-sabar untuk bersaing dalam F1, peringkat paling tinggi dalam sukan tersebut. Untuk merealisasikan watak ini. Jamie Chadwick (pemandu ujian Williams Racing dan Juara Dunia W Series sebanyak tiga kali) bekerjasama dengan pasukan penulis untuk menghidupkan kisahnya dengan memberikan perspektif peribadi.

Kredit: Codemasters

Adakah Devon atau Aidan perlu memberi ruang kepada Callie sebagai juara bertahan Formula 2? Adakah saingan mereka akan mencapai titik klimaks dengan penambahan orang ketiga? Bagi peminat baharu dan veteran, Braking Point 2 menjanjikan banyak plot twist sepanjang perjalanan, di mana sekuel ini menjanjikan lebih banyak drama dan aksi.

Secara umum, Braking Point dipecahkan kepada segmen-segmen berbeza, termasuk sesi bual bersama watak dan ahli pasukan yang membincangkan pelbagai aspek tentang lumba dan watak spesifik, dan diikuti dengan adegan sinematik berkaitan konfrontasi tertentu.

Kredit: Codemasters

Sebagai Aiden, tingkah laku anda di atas litar dan luar litar akan menentukan level Performance dan Reputation semasa maju melalui jalan cerita. Pemain akan menerima lebih banyak ganjaran jika menamatkan setiap bab Braking Point dengan level Performance dan Reputation yang lebih tinggi.

Malah, pemain mungkin boleh membuka objektif bonus berdasarkan pilihan yang anda buat semasa menguruskan kereta dan pasukan, serta kenyataan yang dibuat kepada media. Naratif jalan cerita akan berubah sama ada anda berjaya atau gagal mencapai matlamat ini. Sebagai tambahan, Braking Point akan memberi ganjaran Podium Pass XP, yang berguna untuk membuka macam-macam barang tambahan dalam mode lain.

Kredit: Codemasters

Sekilas pandang, saya anggap ia sukar untuk menggabungkan unsur gameplay naratif ke dalam game sukan simulasi yang realistik tetapi siapa sangka jalan ceritanya cukup cukup menarik dan bagus. Sebagai gamer, kita dapat mengalami kehidupan peribadi seorang pemandu F1, cabarannya, bagaimana dia harus mengatasi setiap cabaran yang datang menimpa dan lain-lain. Paling penting sekali, pasti ramai yang suka kisah ‘underdog.’

Secara keseluruhan, grafik pun cukup cantik untuk watak-watak penting – setiap satu mempunyai rupa dan aura tertentu yang boleh saya katakan agak realistik tetapi apabila sampai ke NPC, seperti krew, wartawan atau apa sahaja – pergerakan mereka kelihatan terlalu “plastik” dan robotik hingga merosakkan pengalaman imersif.

Braking Point 2 adalah antara bahagian paling seronok dalam game dan sekiranya ada peluang, saya sarankan korang semua untuk mencuba Braking Point 1 jika ada peluang.

Kredit: Codemasters

F1 World, pusat utama untuk segala-galanya!

Kredit: Codemasters

Anda boleh temui semua hal dan mode yang berkaitan dengan F1 di sini dan percayalah, ada banyak aktiviti dan ciri-ciri baharu untuk mencuba dalam F1 23.

Secara ringkas, F1 World ialah mode baharu yang yang bertindak sebagai pusat utama untuk sejumlah mode lain. Ini termasuk mode single-player dan multiplayer modes, sistem progression, kandungan harian, mingguan dan bermusim, sistem Licence Level yang dikemas kini dan Garage/Showroom.

Kredit: Codemasters

F1 World juga merupakan tempat yang sesuai untuk pemain baharu bermula jika mereka ingin belajar tentang dunia Formula 1 yang rumit dan menguasai tentang mekaniik permainan sebelum bertanding di World Championship.

Jika anda seorang pemain veteran, mode lama seperti Time Trial, Grand Prix dan Multiplayer kini mempunyai rupa dan pengalaman baharu. Masa yang diluangkan dalam mode ini juga terasa lebih bermanfaat dan boleh mendorong diri anda untuk mencapai matlamat mencabar demi dapatkan hasil ganjaran lebih baik.

Kredit: Codemasters

Dalam F1 World, kita akan menghabiskan sebahagian besar masa untuk memandu kereta F1 World sendiri (ini akan menjadi kereta utama yang pemain memandu di semua mode). Seperti game sebelum ini, anda boleh mengubah penampilan kereta ini, tetapi sebagai penambahan baharu, anda juga boleh melengkapkan upgrade yang akan mengubah prestasi kereta serta-merta.

Selepas melakukan upgrade, kereta anda akan menjadi lebih pantas, handling akan menjadi lebih baik dan brek dengan lebih berkesan. Menaik taraf kereta turut akan meningkatkan Tech Level (yang penting untuk mendapatkan upgrade dan ganjaran yang lebih baik) serta meningkatkan daya saing kereta dalam acara besar.

Kredit: Codemasters

Di F1 World, semua upgrade kereta boleh diperoleh melalui gameplay; manakala upgrade selanjutnya boleh diakses melalui Pass Podium Percuma dan VIP (umpama Season Pass/ Battle Pass). Bagi mendapatkan ganjaran di Pass Podium dengan lebih cepat, pemain boleh membelanjakan duit sebenar untuk dapatkan PitCoin XP boost yang kemudian digunakan untuk memperoleh item dengan lebih cepat.

Bagi saya, ini pastinya tidak adil kerana anda boleh membelanjakan wang sebenar untuk mendapat kelebihan dalam mode multiplayer. Agak menyedihkan untuk melihat F1 sebagai game ‘pay-2-win‘ tetapi itulah kebenarannya.

Pengendalian, Fizik, dan UI yang dikemas kini untuk pengalaman nyata

Kredit: Codemasters

Handling kereta dalam F1 23 telah dipertingkatkan dengan ketara selepas menambah maklum balas daripada pasukan F1 sebenar. Pemain veteran dapat melihat perbezaan ini serta-merta kerana kelakuan kenderaan telah dikemas kini dalam tiga bahagian utama: acceleration, braking, dan cornering.

Kebanyakan pembaikan telah dibuat kepada fizik kereta seperti inersia dan gelinciran tayar. Cara enjin setiap kereta menghasilkan tork juga telah dipertingkatkan, dengan perubahan beransur-ansur kepada input gear dan pendikit (throttle).

Kredit: Codemasters

Berkat penambahbaikan yang dibuat pada setiap lantai kereta (bahagian bawah kereta), pengalaman elemen atas litar seperti selekoh dan melanggar jalur sisi menjadi lebih jelas. Pemain veteran juga akan melihat keseimbangan yang lebih autentik antara cengkaman mekanikal tayar dan aerodinamik selepas Codemasters mengambil maklum balas daripada pasukan dan pemandu F1 sebenar.

Saya faham bahagian ini banyak membincangkan tentang perkara mekanikal tetapi berkat semua pengubahsuaian ini, F1 23 kini memberikan pengalaman pemanduan F1 yang paling tulen dan realistik pernah ada.

Kredit: Codemasters

Satu lagi perkara yang saya ingin tunjukkan ialah Precision Drive. Precision Drive merupakan teknologi pada controller dan pertama kali diperkenalkan dalam F1 23, yang bertujuan untuk memberikan pengalaman serba baharu bagi mereka yang bermain pada game pad seperti DualSense dan controller Xbox Series.

Saya perasan bahawa setiap input stereng mempunyai rasa ketepatan yang lebih tinggi. Ini benar dalam semua situasi pemanduan, seperti semasa brek kereta dan melalui selekoh. Saya suka bagaimana kereta saya tidak berpusing terus seperti game Need for Speed. Sebagai contoh; selepas bergerak ke kiri atau kanan, stereng perlu diluruskan semula untuk memandu ke hadapan. Seperti dunia sebenar, kita perlu melakukan perkara yang sama di dalam game. Begitulah realisme yang ditawarkan oleh F1 23.

Kredit: Codemasters

Sebelum berlumba, satu lagi perubahan yang saya perhatikan ialah paparan on-screen juga mengalami perubahan. Reka bentuk grafik telah dikemas kini agar menyerupai apa yang kita lihat dalam Formula 1 di televisyen, dan papan pemuka juga telah mengalami beberapa perubahan untuk penampilan lebih kemas.

Akhir sekali adalah Red flag, yang membuat debut mereka selepas sembilan tahun disisihkan. Apakah ciri ini? Red Flag merupakan amaran dan boleh dicetuskan oleh insiden perlumbaan seperti perlanggaran kereta, memotong selekoh (mengambil jalan pintas semasa selekoh), atau memandu terlalu agresif sehingga menyebabkan bahaya kepada orang sekeliling. Jika perkara itu berlaku dengan terlalu kerap, sebuah perlumbaan boleh dibatalkan, lantas membuat segala hasil kerja kita sia-sia.

Kredit: Codemasters

Selain pemain, Red Flag juga boleh berlaku disebabkan oleh pemandu lain dalam multiplayer, oleh AI dalam mode offline, atau semasa keadaan cuaca basah melampau. Selain meningkatkan tension dalam perlumbaan, pemain kini tidak boleh berlumba terlalu agresif seperti biasa dan perlu membuat rancangan apabila memasuki perlumbaan.

Pembaharuan kepada My Team & Career Mode

Kredit: Codemasters

Beberapa perubahan dibuat untuk meningkatkan pengalaman pemain dalam mode My Team, Career dan Two-Player Career, termasuk rating dan fasiliti yang dikemas kini, peningkatan kestabilan dan visual dalam permainan.

Pertama, EA mengemas kini rating semua pemandu untuk menggambarkan prestasi di dalam game dengan lebih tepat berdasarkan prestasi dunia sebenar. Ini mempengaruhi semua pemandu Formula 1 dan Formula 2 serta pelumba legenda.

Senarai pemandu dan pasukan mereka:

F1

  • Red Bull: Max Verstappen, Sergio Perez
  • Ferrari: Charles Leclerc, Carlos Sainz
  • Mercedes: Lewis Hamilton, George Russel
  • Alpine: Esteban Ocon, Pierre Gasly
  • McLaren: Lando Norris, Oscar Piastri
  • Alfa Romeo: Valtteri Bottas, Guanyu Zhou
  • Aston Martin: Fernando Alonso, Lance Stroll
  • Haas: Kevin Magnussen, Nico Hulkenberg
  • AlphaTauri: Yuki Tsunoda, Nyck de Vries
  • Williams: Alex Albon, Logan Sargeant

F2

  • Prema Racing: Dennis Hauger, Jehan Daruvala
  • Virtuosi Racing: Jack Doohan, Marino Sato
  • Carlin: Liam Lawson, Logan Sargeant
  • Hitech Grand Prix: Marcus Armstrong, Jüri Vips
  • ART Grand Prix: Theo Pourchaire, Frederik Vesti
  • MP Motorsport: Felipe Drugovich, Clement Novalak
  • Campos Racing: Olli Caldwell, Ralph Boschung
  • DAMS: Roy Nissany, Ayumu Iwasa
  • Trident: Richard Verschoor, Calan Williams
  • Charouz Racing Systems: Enzo Fittipaldi, Cem Bölükbasi
  • Van Amersfoort Racing: Jake Hughes, Amaury Cordeel
Kredit: Codemasters

Sebagai tambahan; untuk menggambarkan kedudukan mereka di dunia sebenar dengan autentik, fasiliti setiap pasukan turut diubah termasuk kos kontrak dan kos naik taraf kemudahan. Pendek kata, pasukan yang memiliki rating tinggi mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk diuruskan jadi pengalaman seharusnya lebih sukar jika anda bermain sebagai pasukan itu dalam Career Mode dan sebagainya.

Pendapat

Kredit: Codemasters

Memandangkan banyak perubahan dan pembaikan dibuat pada gameplay, visual dan pengendalian kereta, F1 23 nampaknya adalah satu lagi entri bagus dalam genre lumba dan merupakan kejayaan besar daripada Codemasters.

Secara keseluruhan, Braking Point 2 sangat menarik, ia menambah drama dan perspektif peribadi kepada sukan; F1 World merupakan mode pilihan jika anda ingin menguji kemahiran dan daya saing dalam dunia multiplayer dengan pelbagai elemen lain untuk menguji kemahiran pengurusan; dan semua pasukan dikemas kini untuk menyerupai versi sebenar termasuk prestasi semasa dan rekod prestasi.

Kredit: Codemasters

Pemanduan kereta jauh lebih baik (baik ya, bukan mudah), apatah lagi realistik, jadi tiada apa untuk saya merungut.

Jika saya perlu juga mengadu, mungkin saya kurang suka dengan NPC yang kelihatan tidak realistik dan merosakkan imersif sebelum berluma. Pada masa yang sama, saya juga benci kaedah Pay-2-Win yang digunakan untuk menaik taraf kereta F1 World yang mewujudkan pengalaman tidak adil.

Tetapi jika anda peminat tegar kepada game lumba – lagi-lagi F1, anda sanggup mengetepikan semua itu. Oleh semua sebab itu, saya akan beri rating 7.5 kepada game ini.

Kredit: Codemasters

F1 23 akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 16 Jun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

F1 23

7 Score

Secara keseluruhan, Braking Point 2 sangat menarik, ia menambah drama dan perspektif peribadi kepada sukan; F1 World merupakan mode pilihan jika anda ingin menguji kemahiran dan daya saing dalam dunia multiplayer dengan pelbagai elemen lain untuk menguji kemahiran pengurusan; dan semua pasukan dikemas kini untuk menyerupai versi sebenar termasuk prestasi semasa dan rekod prestasi.

PROS

  • Pengalaman yang lebih realistik semasa memandu kereta
  • Lebih mudah untuk mengurus semua mode dengan F1 World
  • Grafik semasa berlumba dan atas litar memang terbaik

CONS

  • Sistem Pay-2-Win yang tidak adil dalam multiplayer
  • Grafik dan pergerakan sesetengah NPC nampak seperti zaman PS2

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: ea sportsF1F1 23review
ShareTweetSend
Previous Post

vivo Y36 5G rasmi lancar di Malaysia, harga semurah RM1099!

Next Post

Filem Live Action Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Ogos Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Filem Live Action Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Ogos Ini!

Filem Live Action Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Ogos Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd