Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon’s Dogma II debut gameplay baru – rakan AI main peranan besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon’s Dogma II debut gameplay baru – rakan AI main peranan besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Capcom Showcase 2023 hari ini, lebih banyak info tentang judul RPG Dragon’s Dogma II telah ditunjukkan termasuk gameplay dan screenshot baharu. Dibentangkan oleh pengarah Hideaki Itsuno, anda boleh menonton dahulu segmen Dragon’s Dogma II untuk mendapat gambaran lagi jelas:

Khususnya, Pengarah Hideaki Itsuno menjelaskan tentang sistem pertempuran, Pawns (rakan AI) dan sistem gameplay di dalam Dragon’s Dogma II.

Pertama sekali, Vocation (kelas) yang dipilih oleh pemain akan menentukan sama ada kita perlu bertarung dengan musuh secara jarak dekat memakai pedang; atau secara jarak jauh memakai busur dan anak panah atau sihir. Malangnya, jenis-jenis Vocation tidak didedahkan lagi.

Kredit: Capcom

Pada masa yang sama, pelbagai elemen lain seperti rupa bumi dan jumlah musuh akan mencipta senario pertempuran yang dinamik sepanjang permainan. Sebagai contoh, anda boleh menghancurkan jambatan yang dinaiki oleh raksasa manakala tanah yang tidak rata boleh digunakan untuk tumbangkan musuh besar. Ini menggalakkan pemain untuk merancang pelbagai strategi untuk berjaya dalam pertempuran.

Kedua ialah Pawn yang dikawal AI. Pawn akan menemani pemain sepanjang perjalanan untuk membentuk sebuah parti sehingga empat watak. Walaupun kita boleh berkawan dengan ramai Pawn, hanya rupa dan penampilan Pawn utama sahaja boleh diubah suai. Pawn utama ini kemudian boleh direkrut oleh pemain lain.

Kredit: Capcom

Tidak kira bersama kita atau orang lain, apa yang dipelajari oleh Pawn tersebut melalui pengalaman mereka akan dicerminkan dalam tingkah laku, lalu menjadikan AI lebih kuat dan pandai. Secara umum, Pawn boleh membimbing pemain ke lokasi baharu, bekerjasama secara dinamik semasa pertempuran, dan juga bertindak balas terhadap detik-detik istimewa seperti meraikan kemenangan tipis bersama pemain.

Ketiga, Dragon’s Dogma II memanfaatkan kuasa RE ENGINE untuk mencipta dunia kira-kira empat kali ganda lebih besar daripada saiz Dogma Dragon’s original. Dunia ini akan padat dengan musuh, event dan lokasi – semuanya dipaparkan dengan teknologi grafik terkini.

Kredit: Capcom

Kisah ini bermula di penjara bawah tanah di mana suara Naga bergema dalam kabus kenangan yang hilang.

Bangkit, Arisen, dan kalahkan saya, sesuai dengan dogma dunia ini.

Di antara alam manusia dan binatang, seorang wira mesti memenuhi takdir mereka yang dilupakan.

Apakah dogma yang dilihat oleh hati melalui mata anda?

Ini adalah kisah seseorang yang akan membunuh Naga dan menuntut takhta.

Sinopsis

Sekali lagi saya ingatkan, Dragon’s Dogma II akan dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Tarikh keluaran tidak diumumkan lagi. Baca segala berita kami tentang Dragon’s Dogma di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomDragon’s Dogma II
ShareTweetSend
Previous Post

Just Dance 2024 diumumkan, Bakal dilancarkan pada 24 Oktober 2023!

Next Post

Nivalis – Sebuah game life sim yang bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Nivalis – Sebuah game life sim yang bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Nivalis - Sebuah game life sim yang bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd