Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kutip sehingga RM 45 Juta, Polis Evo 3 menjadi filem tempatan kutipan ketiga tertinggi di Malaysia!

safwan by safwan
June 12, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Kutip sehingga RM 45 Juta, Polis Evo 3 menjadi filem tempatan kutipan ketiga tertinggi di Malaysia!

Kredit: Astro Shaw

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Polis Evo 3 ditayangkan hampir sebulan, mereka kini telah mengutip sehingga RM 45 juta dan menjadi filem tempatan ke-3 yang berjaya mendapatkan kutipan tertinggi di Malaysia.

💥 RM45 JUTA BOH!💥

Terima kasih semua kerana memberikan sokongan padu sekaligus membuktikan filem tempatan mampu bersaing dengan filem antarabangsa💪💪 #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 #KitaLagiKuatBoh #AstroShaw #SkopProductions #TGVPictures #blackflagMY pic.twitter.com/E238he5qCj

— Astro Shaw #PolisEvo3 #KitaLagiKuatBoh (@AstroShaw) June 10, 2023

Filem ini telah mengalahkan filem-filem Polis Evo sebelum ini di mana ia masing-masing mengutip RM 18 juta dan RM 23 juta. Kini, filem ini telah pun berada di carta Top 3 bersama filem Munafik yang mengutip sebanyak RM 90 juta dan Munafik 2 yang berjaya mengutip sehingga RM 48 juta.

Memandangkan tayangan filem Polis Evo 3 masih ditayangkan di sekitar Malaysia, filem ini masih ada harapan untuk mengalahkan Munafik 2 dan naik ke nombor 2 dalam carta filem tempatan yang mencapai kutipan tertinggi di Malaysia.

Polis Evo 3 Malaysia
Kredit: Astro Shaw

Polis Evo 3 akan mengikuti kisah Inspektor Khai ketika dia menjadi terdesak selepas dendam lama kembali menghantuinya yang mengancam orang ramai dengan pengeboman misteri. Ia diarahkan oleh Syafiq Yusof dengan terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Production.

Filem ini juga mengekalkan pelakon-pelakon lama seperti Shaheizy Sam sebagai Khairul/Inspektor Khai, Zizan Razak sebagai Hassani/Inspektor Sani, Syafiq Kyle sebagai Inspektor Danny, Nora Danish sebagai Anis, Eyka Farhana sebagai Yati, Fauzi Nawawi sebagai Inspektor Farouk, Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal, Sharnaaz Ahmad sebagai Reza dan ramai lagi.

Polis Evo 3 Malaysia
Kredit: Astro Shaw

Jadi, kepada sesiapa yang masih belum tonton filem ini, saya sarankan anda untuk pergi ke panggung wayang dan nikmati keseronokan filem ini. Polis Evo 3 kini di TGV dan GSC. Dapatkan tiket anda sekarang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload — Kembali ke Tartarus Yang Dihasilkan Semula, Bakal Lancar Awal 2024! [UPDATE]

Next Post

Mobile Legends: Marksmen Ixia, sistem Emblem baru & rank Mythical Triumph bakal tiba!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Mobile Legends: Marksmen Ixia, sistem Emblem baru & rank Mythical Triumph bakal tiba!

Mobile Legends: Marksmen Ixia, sistem Emblem baru & rank Mythical Triumph bakal tiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd