Mula diperkenalkan pada tahun 2020, Yamato merupakan antara watak paling popular dalam siri One Piece. Cuma sehingga hari ini, ramai peminat masih keliru tentang jantina-nya. Malah, bab terbaru juga mengundang kontroversi di kalangan LGBT kerana menunjukkan poster Yamato di pihak wanita sedangkan dia menggelar dirinya “lelaki”. Jadi apakah jantina sebenar Yamato?

Kekeliruan tentang jantina Yamato

Diperkenalkan semasa saga Wano, Yamato dilahirkan sebagai anak perempuan kepada Kaido, salah satu Yonko dalam One Piece. Namun, isunya adalah Yamato menganggap dirinya sebagai lelaki sepanjang siri ini berlangsung kerana berasa teramat terhadap Kozuki Oden. Seperti yang anda lihat daripada, ternyata bentuk fizikal Yamato adalah wanita tetapi semua orang menganggapnya sebagai lelaki.
Sejak kecil lagi, Yamato telah lama mengidolakan Kozuki Oden dan kerana kekaguman itu, dia membuat keputusan untuk menjadi Oden demi menyelamatkan Wano, sehingga menggunakan kata ganti diri lelaki (he, him).

Pada masa yang sama, semua orang menerima perubahan ini tanpa sebab yang bernas. Sebagai contoh, Kaido turut memanggil Yamato sebagai anak lelakinya, manakala orang lain di sisinya juga merujuk Yamato sebagai lelaki. Malah, Luffy siap memberi nama panggilan unik iaitu “Yamabro.”
Disebabkan itu, Yamato dianggap sebagai watak transgender oleh sejumlah peminat One Piece.
Identiti sebenar?
Pada September 2021, Eiichiro Oda mengesahkan bahawa Yamato ialah wanita secara biologi, lantas menamatkan spekulasi tentang jantina Yamato buat sementara.

Isu ini menjadi kontroversi semula pada Jun 2022 apabila Eiichiro Oda menerbitkan bab baharu di mana Yamato memilih untuk bermandi-manda bersama Luffy dan watak lelaki lain sedangkan watak-watak wanita mandi secara berasingan.

Dalam bab One Piece terbaru (khususnya 1084), semua gadis-gadis One Piece tampil dalam “poster visual”, termasuk Yamato. Debat tentang jantina Yamato sekali lagi menjadi kekecohan di sosial media memandangkan poster ini khas untuk wanita tetapi peminat LGBT menganggap pelukisnya salah kerana Yamato ialah seorang “lelaki”.

Antara komen-komen oleh warga LGBT:
Yamato was trending again yesterday and it was filled with threats to the one piece author, Oda, because Yamatos shown to be female in all official material and the people that thought the misogynistic war criminal was just “really supportive of his trans son” got mad. pic.twitter.com/QUsSRcSBoH
— 🌊Mizuhana🌸 // Seatuber ♂ (@MizuhanaVTuber) May 17, 2023
At this point, we should just call Yamato gender fluid, and that ends the transgender debate. pic.twitter.com/DZ6GOqhPde
— Typical Joe (@3SkullJoe) May 17, 2023
Maybe if y’all read the one piece manga you’d be able to grasp the fact that Yamato IDENTIFIES as a man.
It’s crazy that even Kaido himself acknowledges this and respects that. pic.twitter.com/tBsXCUW10d
— Tomo😤 (@LorTomo2) May 17, 2023
Jadi apa pendapat anda – adakah jantina Yamato sebenarnya lelaki atau perempuan atau adakah ini isu kecil tetapi diperbesarkan oleh warga LBTQ+? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post