Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV – Petua & nasihat untuk menambah baik pengalaman pemain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2023
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, Panduan, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV – Petua & nasihat untuk menambah baik pengalaman pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak mula diumumkan, Diablo IV menjadi antara game paling dinanti-nantikan untuk bermain. Kini tersedia di PC dan semua konsol, game ini pasti akan menarik perhatian ramai pemain yang tidak pernah bermain game Diablo sebelum ini. Dengan mengambil kira hal itu, saya telah mengumpulkan beberapa petua dan nasihat berguna untuk mereka yang baharu sahaja terjun ke dunia Diablo IV.

Semoga nasihat di bawah dapat membantu dalam pengembaraan anda.

Petua dan nasihat umum

Kredit: Blizzard Entertainment
  • Tarik perhatian musuh, kumpulkan mereka ke dalam kelompok besar kemudian lemparkan spell anda. Ia lebih cekap dan naik level lebih cepat.
  • Lakukan event quest dengan kerap, yang memberi ganjaran exp dan item yang membantu dalam pengembaraan anda.
  • Dungeon jenis Cellar bagus untuk buat, kerana terdiri daripada kumpulan musuh kecil dan juga ganjaran harta karun
  • Sebahagian besar daripada playstyle anda bergantung pada item legendary yang ditemui. Cuba untuk bereksperimen.
  • Cuba beberapa ‘build‘ berbeza untuk melihat mana yang paling sesuai dengan anda. Ia lebih murah untuk bereksperimen pada level rendah dan menjadi mahal secara drastik lagi tinggi level anda.

Nasihat semasa membina build anda

Kredit: Blizzard Entertainment

Fokus pada 1 Core Spell untuk damage! Hanya satu diperlukan sebagai damage dealer utama anda. Simpan 1 atau 2 spell jenis defensif yang boleh digunakan apabila anda terkena Crowd Control (CC).

Apabila meningkatkan Offensive Stats, berikut adalah urutan yang saya sarankan anda untuk fokus berdasarkan keutamaan:

Crit% → Crit Damage → Damage bonus on <vulnerable/crowd controlled/near/far/skill type> (bergantung pada build) → Overpower → Primary sStats → Cooldown reduction

Defensive Stats pula lebih senang urutannya dan adalah seperti berikut:

Damage reduction → Fortification atau Barrier (atau kedua-duanya) → Crowd control reduction

Dapatkan Legendary Aspect yang diingini

Kredit: Blizzard Entertainment

Legendary Aspect adalah bonus dalam gear yang diaktifkan dalam keadaan tertentu. Semua item tahap legendary sudah mempunyai Aspect, tetapi anda juga boleh membuatnya sendiri di Occultist sebaik sahaja mencapai level 25.

Di sini, nasihat saya adalah untuk menyelesaikan beberapa dungeon untuk mendapatkan sejumlah Codex of Power. Ini bagus kerana kita boleh dapat sejumlah Legendary Aspect lalu meletakkan efek itu pada peralatan kita melalui khidmat Occultist.

Kredit: Blizzard Entertainment

Cuma anda perlu tahu bahawa diingat bahawa efek legendary daripada Codex of Power akan sentiasa mempunyai jumlah stats yang paling rendah. Sekurang-kurangnya ia menjamin bahawa anda akan dapat mendapatkan efek legendary yang diinginkan.

Seperti saya kata tadi, gunakan Occultist untuk memindahkan efek itu kepada peralatan anda, dan ekstrak efek itu sebaik sahaja menemui gear yang lebih baik. Walau bagaimanapun, jika Legendary Aspect itu kena “imprint” (satu lagi proses menanam efek di peralatan), anda tidak boleh mengeluarkannya lagi.

Berikut adalah jenis Legendary Aspect dan jenis gear yang boleh dipasang:

  • Mobility: Amulet, Boot
  • Utility: Shield, Helm, Chest, Amulet, Glove, Boot
  • Resource: Ring
  • Defensive: Shield, Helm, Chest, Pant, Amulet
  • Offensive: Amulet, Weapon, Ring, Glove

Kebanyakan Legendary Aspect akan mendapat boost 100% pada senjata dua tangan, dan boost 50% pada Amulet.

Kredit: Blizzard Entertainment

Jangan sesuka hati refund skill

Kredit: Blizzard Entertainment

Janganlah sesuka hati refund skill kerana ia akan menelan kos yang banyak untuk mempelajarinya semula. Sebagai contoh, untuk membelajar 50 skill akan menelan kos lebih daripada 100k. Jadi cara yang lebih baik adalah dengan merancang skill yang anda perlukan, skill yang anda tidak perlukan, dan perlahan-lahan refund skill itu satu demi satu untuk menjimatkan wang anda.


Semoga petua dan nasihat atas dapat membantu anda semasa bermain Diablo IV – yang kini boleh diperoleh di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net sejak 6 Jun. Baca segala liputan kami tentang game ini termasuk review dan interview di SINI.

Tags: Diablo IVnasihatPetua
ShareTweetSend
Previous Post

Pelancaran Diablo IV Disambut Meriah! Ada Jolin Tsai, Cosplayer dan Banyak Lagi!

Next Post

Diablo IV – Apa yang anda boleh lakukan Post-Game?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Diablo IV – Apa yang anda boleh lakukan Post-Game?

Diablo IV - Apa yang anda boleh lakukan Post-Game?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd