Baru-baru ini, Cygames telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan satu anime mecha baharu yang berjudul Bang Brave Bang Bravern.

Siri anime mecha ini akan diarahkan oleh seorang legenda dalam dunia anime iaitu Masami Obari. Dia sebelum ini telah mengerjakan pelbagai anime termasuk Code Geass: Lelouch of the Rebellion, Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans, Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury, Gundam Build Fighters, Pop Team Epic Season 2 dan banyak lagi.
Cygames Picture ditugaskan untuk menganimasikan siri anime Bang Brave Bang Bravern ini dan mereka sebelum ini telah menghasilkan pelbagai anime termasuk Blade Runner: Black Out 2022 dan Princess Connect! Re:Dive.
Buat masa sekarang, Cygames sendiri hanya mengeluarkan video promosi dan “key art”. Masih terdapat pelbagai maklumat yang masih belum didedahkan oleh mereka. Apapun, mari kita sama-sama nantikan pengumuman mengenai anime mecha ini pada masa akan datang.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post