Hari ini, Acer telah mengumumkan Predator Triton 16 (PT16-51) baharu, penambahan terkini ndalam barisan komputer riba gaming premium mereka. Malangnya, ia masih belum diumumkan lagi untuk pasaran Malaysia tetapi Acer telah mendedahkan butiran penting untuk kita tahu.
Predator Triton 16 (PT16-51)

Dengan hanya 19.9 mm (0.78 inci), Predator Triton 16 yang berkuasa itu menampilkan ‘casing’ besi yang sofistikated dan disempurnakan dengan kemasan perak, memberikan keyakinan dan keupayaan mudah alih untuk bermain sambil ‘on-the-go’.
Komputer riba gaming nipis ini mempunyai kuasa pengkomputeran dengan pemproses Intel Core i9 Generasi ke-13, disokong oleh seni bina teras hibrid baharu dengan frekuensi turbo maksimum 5.4 GHz. CPU berfungsi seiring dengan GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 4090, bersama NVIDIA DLSS 3 dan himpunan ciri teknologi Max-Q untuk pengesanan sinar dan prestasi yang dioptimumkan secara menyeluruh.

Pemain diberikan prestasi tambahan yang lebih hebat kerana komputer riba boleh dikonfigurasi dengan memori DDR5 5200 MHz sehingga 32 GB dan SSD TB PCIe M.2 sehingga 2 TB dalam konfigurasi RAID 0.
Predator Triton 16 memberikan pengalaman visual yang mengasyikkan dengan paparan IPS 16-inci (16:10) WQXGA 2560 x 1600 IPS, serta menawarkan kecerahan puncak 500 nit dan kadar segar semula 240 Hz dalam bezel yang tipis. Ia juga menawarkan gamut warna 100% DCI-P3 dan sokongan untuk NVIDIA Advanced Optimus dan NVIDIA G-SYNC.

Bagi membantu para gamer bertempur, komputer riba itu memanfaatkan keupayaan terma canggih, yang diserlahkan oleh sistem dwi-kipas dengan kipas logam AeroBlade 3D Generasi ke-5 yang direka khas.
Triton 16 melangkau lebih jauh dengan teknologi Vortex Flow Acer, yang terdiri daripada paip haba khusus dan lubang ekzos untuk memastikan bahagian dalaman kekal sejuk, manakala gris haba cairan logam pada CPU mendorong pelepasan haba yang lebih baik.
Pemain kekal dalam kawalan penuh dengan kekunci PredatorSense untuk membolehkan penyesuaian pada pencahayaan RGB di setiap kekunci, antaramuka pengguna, sistem kawalan pengurusan dan banyak lagi pada aplikasi utiliti PredatorSense.
Beroperasi dengan Windows 11, Predator Triton 16 hadir dengan Intel Killer DoubleShot Pro dan Wi-Fi 6E (E2600+1675i), beserta pelbagai I/O termasuk USB 3.2 Gen 2, HDMI 2.1, satu palam USB Type-C dengan Thunderbolt 4, dan pembaca kad Micro SD.

Seperti saya kata tadi, spesifikasi dan harga tepat Predator Triton 16 (PT16-51) masih belum diumumkan lagi untuk pasaran Malaysia tetapi Acer pasti akan berkongsi dengan kita dalam masa terdekat. Baca segala berita kami tentang produk Acer di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post