Acer hari ini mengumumkan pelancaran komputer riba Acer Swift Edge 16 (SFE16-43) yang diberi nafas baharu, direka untuk profesional yang memerlukan keupayaan pengkomputeran yang tinggi, produktiviti, dan ciri mudah alih daripada peranti mereka.

Menurut Acer:
Acer Swift Edge 16 mempunyai reka bentuk bingkai dan paparan warna yang pasti akan menarik perhatian. Chasis aloi magnesium yang ringan dan nipis hanya berukuran 12.95mm (0.51 inci), dengan berat 1.23kg (2.71 lbs), dan disempurnakan dengan coating hitam ‘olivine’ yang kemas.
Pengguna boleh menikmati tontonan gred-wayang pada panel OLED 3.2K 14 inci (3200 x 2000) dengan kadar segar semula 120 Hz, sokongan gamut warna DCI-P3 100%, dan waktu respons 0.2 ms.
Digabungkan dengan nisbah kontras 1,000,000:1, kecerahan puncak 500 nit dan penarafan VESA DisplayHDR True Black 500, komputer riba OLED itu menawarkan warna yang tepat dan berkontras tinggi.
Paparan dengan penarafan TÜV Rheinland Eyesafe itu membantu mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru untuk keselesaan tambahan semasa tempoh tontonan yang panjang.

Swift Edge 16 memanfaatkan pemproses terbaharu AMD Ryzen Siri 7040 untuk prestasi tulen dan kecekapan kuasa supaya komputer riba berfungsi lebih lama setelah dicas, dan pada masa yang sama, ia memanfaatkan grafik AMD Radeon 780M untuk visual yang imersif.
Menampilkan AI AMD Ryzen pada model dengan pemproses terpilih, enjin itu membawa pengalaman AI baharu seperti peningkatan kualiti video masa sebenar untuk panggilan video.
Ciri pemproses keselamatan Microsoft Pluton yang tersedia pada Switch Edge 16 membekalkan perlindungan tambahan daripada serangan canggih, manakala pengimbas cap jari yang disokong Windows Hello membenarkan pengesahan biometrik pada komputer peribadi Windows 11 itu.

Peranti yang dikuasakan oleh AMD Ryzen didatangkan dengan storan RAM LPDDR5 32 GB dan storan SSD PCIe Gen 4 SSD bersaiz 2 TB untuk pindahan data yang lebih laju, latensi yang lebih rendah, dan tempoh muatnaik yang lebih laju, manakala teknologi penyejukan TwinAir dengan kipas yang ditambah baik, serta rekaan inlet udara di papan kekunci membantu peranti itu beroperasi pada kelajuan penuh.
Versi terkini barisan Swift Edge hadir dengan sambungan internet Wi-Fi 7, menawarkan kelajuan yang dipertingkatkan sehingga 5.8 Gbps, latensi rendah di bawah 2 ms dan keupayaan berbilang pautan.
Ia juga mempunyai papan kekunci bersaiz penuh dan sejumlah palam yang penting; dua palam USB Type-A, dua palam USB 4 Type-C PD 65 W dengan pengecasan pantas dan keupayaan paparan, HDMI 2.1, dan pembaca kad Micro SD.

Setakat ini, harga dan ketersediaan Swift Edge 16 (SFE16-43) di Malaysia masih belum diumumkan, jadi nantikan berita lanjut daripada Acer. Baca segala berita kami tentang produk Acer di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post