Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Imaginur & Coast Guard Malaysia akan tersedia di Amazon Prime Video!

safwan by safwan
May 19, 2023
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Filem Imaginur & Coast Guard Malaysia akan tersedia di Amazon Prime Video!
Share on FacebookShare on Twitter

Amazon Prime Video mengumumkan yang mereka akan membawa masuk lebih banyak kandungan Malaysia termasuk filem dan tv siri. Walaupun telah hadir di Malaysia sejak 2016, Prime Video nampaknya agak tertinggal jika nak dibandingkan dengan platform digital lain seperti Netflix dan Disney+ Hotstar.

Oleh itu, mereka sedang mencuba menambah pelbagai lagi kandungan yang dihasilkan oleh industri perfileman Malaysia ke dalam platformnya. Pada penghujung tahun ini, mereka akan melancarkan dua Amazon Original iaitu That Cover Girl dan Budak Flat.

That Cover Girl adalah sebuah drama bersiri romantik yang menceritakan tentang seorang wanita perniagaan yang menjalankan empayar fesyen dan mengekalkan perniagaan fesyennya daripada musnah. Manakala Budak Flat pula adalah siri yang penuh dengan aksi di mana ia menceritakan tentang dua beradik penjenayah yang mendapati hubungan mereka sedang diuji sehingga membawa maut.

Selain itu, mereka juga akan menambah beberapa filem baharu yang lain termasuk Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada 8 Jun, Headhunter pada 29 Jun, Imaginur pada 13 Julai dan Stone Turtle pada 27 Julai. Nampaknya, filem-filem yang bakal masuk di Prime Video adalah bukan calang-calang lagi-lagi Imaginur. Filem ini telah pun mendapat sambutan yang hangat semasa di pawagam dan mungkin ramai yang ingin menonton filem ini sekali lagi.

Di dalam Amazon Prime Video, mereka telah menyediakan pelbagai kandungan melayu termasuk siri Abang Long Fadil, KL Gangster, Leftenan Adnan, Munafik dan banyak lagi. mereka juga menyediakan filem animasi Boboiboy dan juga Upin & Ipin. Dengan penambahan yang mereka akan sertakan nanti, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menonton filem Malaysia di Amazon Prime.

Tidak lupa juga dengan filem dan TV Siri antarabangsa yang disediakan oleh mereka. Anda boleh menonton siri Lord of the Rings, Kung Fu Panda, Spider-Man dan banyak lagi. Pelbagai jenis genre yang telah disediakan oleh mereka untuk penggunanya.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa terdapat pelbagai filem Malaysia yang akan ditambah melalui Amazon Prime Video termasuk Imaginur dan Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Amazon Prime Video MalaysiaCoast Guard Malaysia: OPS HelangImaginur
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket Spider-Man: Across the Spider-Verse Kini Boleh Dibeli di TGV!

Next Post

PS5 Access Controller – alat kawalan serba baharu untuk mereka yang kurang upaya, info lengkap!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PS5 Access Controller – alat kawalan serba baharu untuk mereka yang kurang upaya, info lengkap!

PS5 Access Controller – alat kawalan serba baharu untuk mereka yang kurang upaya, info lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd