Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 Access Controller – alat kawalan serba baharu untuk mereka yang kurang upaya, info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
PS5 Access Controller – alat kawalan serba baharu untuk mereka yang kurang upaya, info lengkap!

Kredit: SIE

Share on FacebookShare on Twitter

Dahulu diberi nama “Project Leonardo,” hari ini Sony Interactive Entertainment (SIE) secara rasmi memberi nama kepada alat kawalan kebolehaksesan PS5 tersebut iaitu “Access controller for PlayStation 5“, serta memberi gambaran lebih mendalam tentang keupayaan dan fungsinya.

Diumumkan sempena “Global Accessibility Awareness Day“, SIE berkongsi imej dan maklumat baharu tentang controller tersebut melalui posting di PlayStation Blog. Berikut adalah info lengkap:

Pengenalan

Kredit: SIE

PS5 Access Controller ialah controller kit “mudah akses dan mudah ubah suai” yang direka untuk membantu pemain kurang upaya bermain game kegemaran dengan lebih mudah, lebih selesa dan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Dibangunkan dengan kerjasama pakar kebolehaksesan, Access Controller mempunyai pelbagai jenis butang boleh tukar dan stick cap (penutup butang) supaya pemain bebas membuat susun atur berbeza mengikut jarak pergerakan dan keperluan fizikal mereka. Setiap Access Controller termasuk:

Kredit: SIE
  • Stick cap analog (standard, ‘dome’ dan ‘ball’)
  • Penutup butang dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuk:
    • Jenis ‘pillow’
    • Jenis ‘flat’
    • Jenis ‘wide flat’ (yang meliputi dua soket butang)
    • Jenis ‘overhang’ (yang memberi manfaat kepada pemain dengan tangan yang lebih kecil kerana ia diletakkan lebih dekat ke tengah)
    • Jenis ‘curve’ (yang boleh ditolak jika diletakkan di bahagian atas atau ditarik jika diletakkan di bahagian bawah controller)
  • Tag penutup butang yang boleh ditukar untuk pemain menandakan input mana yang mereka letakkan pada setiap butang
Kredit: SIE

Selain itu, pemain boleh menggunakan Access Controller pada permukaan rata, pergerakan sebanyak 360 darjah, dan memasang controller dengan mudah ke tripod. Pemain juga boleh melaraskan jarak kayu analog dari controller dan bersama empat port AUX 3.5mm di peranti, pemain boleh menggunakan switch, butang atau kayu analog mereka sendiri.

UI/UX untuk Access Controller

Kredit: SIE

Button mapping dan profil controller – Di konsol PS5, pemain boleh memilih orientasi pilihan mereka untuk Access Controller, meletakkan input berbeza ke pelbagai butang, menghidupkan atau mematikan butang, atau meletakkan dua input berbeza pada satu butang yang sama. Pemain juga boleh mencipta dan menyimpan profil controller kegemaran untuk game atau genre berbeza (seperti “game lawan-lawan” atau “memandu”).

Kredit: SIE

Pairing antara controller dan pelarasan pada kayu analog – Sehingga dua Access Controller dan satu DualSense (atau DualSense Edge) boleh digunakan bersama sebagai satu controller virtual. Ini membolehkan pemain mencampur dan memadankan peranti atau bermain secara kolaboratif dengan orang lain. Sama seperti DualSense Edge, pemain juga boleh menentukan sensitiviti input.

Kredit: SIE

Mode Toggle – Access Controller juga mempunyai mode Toggle, yang membolehkan pemain melaraskan tindakan mana-mana butang supaya aksinya dipermudahkan. Sebagai contoh, jika anda mendayakan mode Toggle untuk input ‘minyak’ dalam game lumba, kini anda tidak perlu menahan butang itu untuk memandu. Satu lagi contoh; majoriti game menyuruh kita untuk menahan “L3″untuk berlari. Kini anda boleh menukar input ke “klik L3 untuk berlari”.


Lebih banyak info tentang PS5 Access Controller, termasuk tarik keluaran tepat, akan dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang. Untuk membaca segala berita kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Access Controllerps5Sony
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Imaginur & Coast Guard Malaysia akan tersedia di Amazon Prime Video!

Next Post

Death Stranding & Metro: Last Light Complete Edition Kini Percuma! Dapatkan Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Death Stranding & Metro: Last Light Complete Edition Kini Percuma! Dapatkan Sekarang!

Death Stranding & Metro: Last Light Complete Edition Kini Percuma! Dapatkan Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd