Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Bleach mungkin umum anime baru untuk Burn The Witch (Khabar angin)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin, Manga
0 0
0
Pencipta Bleach mungkin umum anime baru untuk Burn The Witch (Khabar angin)
Share on FacebookShare on Twitter

Pencipta siri Bleach, Tite Kubo telah mengumumkan bahawa dia akan berkongsi beberapa info baharu pada 28 Mei, secara khususnya tentang Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 dan Burn the Witch. Disebabkan itu, ramai peminat mula riuh di internet, jadi selain Bleach: TYBW, adakah ini bermaksud kita akan melihat adaptasi anime baharu untuk Burn the Witch? Mungkin ya.

Kredit: Shueisha, Studio Colorado

Semasa manga Burn the Witch menerbitkan bab “terakhir” di Shonen Jump, Tite Kubo cepat mengumumkan bahawa siri akan kembali untuk “Musim 2” pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, hampir tiga tahun sudah berlalu sejak pengumuman itu. Saya sendiri rasa Kubo akan mengumumkan ‘sesuatu berkaitan manga’, tetapi untuk sebab tidak diketahui, majoriti khabar angin merujuk kepada anime.

BURN THE WITCH by Tite Kubo is receiving a new anime adaptation project according to leaks in Weibo. pic.twitter.com/RnyXpARncl

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) May 12, 2023

Info itu dilaporkan oleh akaun Twitter @WSJ_manga yang merupakan sumber boleh dipercayai. Menurutnya, berita itu asalnya datang daripada laman web China Weibo, yang mendakwa bahawa Burn The Witch akan menerima adaptasi anime baharu, lain daripada filem sebelum. Pengumuman Tite Kubo pada 28 Mei, akan ditemani oleh Tomohisa Taguchi – pengarah Thousand-Year Blood War, seorang editor daripada Weekly Shonen Jump dan pelakon suara Masakazu Morita (Ichigo) dan Noriaki Sugiyama (Ishida).

Kredit: Shueisha

Harap maklum, ini semua masih khabar angin. Jangan letak 100% kepercayaan atau harapan dahulu.

Buat mereka yang tidak tahu, Burn The Witch adalah projek pertama Kubo selepas Bleach, dan diperkenalkan melalui manga ‘one-shot’ pada 2018, yang disusuli dengan empat bab lagi pada 2020. Siri ini kemudian diadaptasi kepada filem anime pada Oktober 2020.

Sinopsis rasmi:

Menurut sejarah, 72% daripada semua kematian di London berkaitan dengan naga dan makhluk ajaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Walaupun tidak diketahui oleh semua, beberapa manusia telah melawan naga-naga ini.

Hanya penduduk Reverse London yang tinggal di dimensi “terbalik” sahaja dapat melihat naga tersebut. Walaupun begitu, hanya beberapa yang terpilih sahaja yang cukup layak sebagai “witch” atau “wizard” untuk berkonfrontasi dengannya.

Protagonis cerita adalah duo penyihir Noel Niihashi dan Ninny Spangcole. Mereka adalah ejen perlindungan untuk Wing Bind (WB), sebuah organisasi pemeliharaan dan pengurusan naga. Misi mereka adalah untuk melindungi dan menguruskan naga di London bagi menjaga keselamatan penduduk.


Baca segala liputan kami tentang Burn The Witch di SINI.

Tags: animebleachburn the witchmanga
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] Salah Satu IP PlayStation Akan Mendapat Anime, Gravity Rush & Bloodborne Menjadi Pilihan Peminat!

Next Post

Sukan SEA – Pasukan PUBG Mobile Malaysia bawa pulang gangsa untuk negara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Sukan SEA – Pasukan PUBG Mobile Malaysia bawa pulang gangsa untuk negara!

Sukan SEA - Pasukan PUBG Mobile Malaysia bawa pulang gangsa untuk negara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd