Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man Remastered kini boleh beli berasingan, upgrade versi PS4 ke PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, PS4, PS5, Remastered, Steam
0 0
0
Marvel’s Spider-Man Remastered kini boleh beli berasingan, upgrade versi PS4 ke PS5!

Kredit: SIE

Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat Marvel di Malaysia kerana Sony Interactive Entertainment (SIE) dan Insomniac Games mengumumkan bahawa Marvel’s Spider-Man Remastered kini boleh dibeli secara berasingan. Bukan itu sahaja, sesiapa yang memiliki ‘Marvel’s Spider-Man‘ di PS4 juga boleh upgrade ke Marvel’s Spider-Man Remastered di PS5.

Marvel’s Spider-Man Remastered is now available on PS5 as a standalone purchase on PlayStation Store. Full details: https://t.co/3dnVpwet5d pic.twitter.com/vOKPodFjah

— PlayStation (@PlayStation) May 5, 2023

Bagi mereka yang berminat, Marvel’s Spider-Man Remastered kini boleh dibeli di PS Store pada harga RM 209.00. Bagi pemain yang sudah ada (tidak kira sama ada versi fizikal atau digital) game Marvel’s Spider-Man, Marvel’s Spider-Man Digital Deluxe Edition atau Marvel’s Spider-Man Game of the Year Edition di PlayStation 4, mereka dapat upgrade versi itu kepada Marvel’s Spider-Man Remastered dengan membayar nilai harga murah.

Malangnya, tawaran ini tidak diberikan kepada mereka yang bermain game Spider-Man melalui PS Plus. Syaratnya, anda wajib memiliki game itu di PS4.

Jadi kenapa ramai sangat peminat gembira?

Kredit: Insomniac Games

Sebelum ini, Marvel’s Spider-Man Remastered hanya tersedia sebagai bonus untuk pemain yang membeli Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition di PlayStation 5. Malah, ‘Marvel’s Spider-Man: Miles Morales edisi standard’ pun tidak memiliki ‘Spider-Man Remastered’ tetapi Sony memberi pilihan kepada pemain untuk upgrade Miles Morales edisi standard kepada edisi Ultimate.

Senang cerita: kalau inginkan Spider-Man Remastered, anda perlu membeli game Miles Morales edisi Ultimate.

Sudah tentu, ramai tidak bersetuju sehingga hal ini bikin kecoh di dalam komuniti. Memandangkan Spider-Man Remastered kini boleh beli secara berasingan, pasti ramai yang gembira.

Apa yang ada di dalam?

Kredit: Insomniac Games

Marvel’s Spider-Man asalnya dikeluarkan untuk PlayStation 5 pada November 2020 dan kemudian untuk PC pada Ogos 2022.

Kelebihan pertama Remastered ini memiliki adalah ia menampilkan semua DLC (kandungan boleh muat turun) yang dikeluarkan sebelum ini, termasuk bundle ‘The City That Never Sleeps’ serta beberapa sut eksklusif Spidey. Kedua, grafik ditingkatkan ke tahap lebih tinggi pada resolusi 4K/60 FPS dan mengubah wajah Peter Parker (juga mengundang banyak kontroversi). Akhir sekali, pengalaman gaming menjadi lebih mengasyikkan dengan tambahan ciri adaptive trigger dan haptic feedback yang mensimulasikan aksi di dalam skrin ke controller.

Kredit: Insomniac Games

Disebabkan Marvel’s Spider-Man 2 akan tiba pada hujung tahun ini, ini merupakan cara terbaik untuk anda melawat semula kisah Peter Parker dan alami aksinya sendiri. Jika tiada PS5, tidak mengapa kerana Marvel’s Spider-Man Remastered juga tersedia untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store.


Baca segala berita kami tentang francais Spider-Man di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel's Spider-Man RemasteredPS4ps5Spider-Man
ShareTweetSend
Previous Post

Penamat Wano Arc Anime One Piece Adalah Yang Terbaik Untuk 2023, Kata Juruanimasi Siri!

Next Post

Do Retry — Manga Boxing Terbaru Berlaku Semasa Zaman Showa Selepas Perang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Do Retry — Manga Boxing Terbaru Berlaku Semasa Zaman Showa Selepas Perang!

Do Retry -- Manga Boxing Terbaru Berlaku Semasa Zaman Showa Selepas Perang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd