Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chrono Odyssey – MMORPG baru oleh studio Korea Selatan, “masa” menjadi elemen gameplay

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2023
in Artikel, Berita, MMORPG, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Chrono Odyssey – MMORPG baru oleh studio Korea Selatan, “masa” menjadi elemen gameplay

Kredit: NPIXEL

Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, studio berpangkalan di Korea Selatan – NPIXEL telah mengeluarkan trailer yang mempamerkan gameplay dan sceenshot baharu untuk Chrono Odyssey, sebuah MMORPG berkuasakan Unreal Engine 5. Bakal tersedia di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam, mereka tidak mengumumkan tarikh keluaran. Malangnya, versi iOS dan Android (yang diumumkan dahulu) bagi game ini turut terpaksa dibatalkan.

Produser Chrono Odyssey, Samuel Seo, berkata:

“Chrono Odyssey ialah projek bercita-cita tinggi yang dibuat oleh pemaju dan pemain bersemangat yang memahami kuasa pengalaman gaming yang mengasyikkan.”

Kredit: NPIXEL

Sinopsis:

“Setera ialah dunia penuh dengan kawasan yang belum diterokai, dengan ganjaran dan kekayaan yang belum diketahui. Benarkan keberanian membawa anda ke kawasan baharu semasa menghadapi musuh yang hebat. Dengan kawalan yang baru diperolehi ke atas ruang masa dan persahabatan yang dibentuk sepanjang perjalanan, anda mungkin akan menakluki tanah yang ditemui.”

“Selamat datang ke Setera. Pengembaraan ini milik anda.”

Kredit: NPIXEL

Sekilas pandang, Chrono Odyssey nampak seperti MMORPG tipikal, tetapi apa yang membezakan Chrono Odyssey ialah grafiknya yang dibuat oleh enjin UE5 dan sistem pertempuran unik yang menggabungkan elemen Chrono (masa). Semua ini terkandung dalam dunia MMO real-time di mana beratus-ratus pemain boleh menikmati pengalaman sosial yang lebih dinamik daripada biasa. Dengan keupayaan untuk memanipulasi masa dan ruang, pemain dapat menghentikan masa, mengulang semula peristiwa penting dan meneroka garis masa lain serta mengatasi cabaran yang sukar.

Kredit: NPIXEL

Pilih daripada enam kelas berbeza – Swordsman, Ranger, Sorcerer, Paladin, Berserker dan Assassin – semasa memulakan perjalanan epik ini. Sama seperti MMO lain, pemain boleh cipta watak sendiri dengan pelbagai pilihan customization watak seperti jantina dan penampilan, untuk membolehkan anda mengekspresikan personaliti unik sendiri.


Sekali lagi saya ingatkan, Chrono Odyssey akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Namun, tarikh keluaran masih tidak diumumkan buat masa ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chrono Odysseymmorpg
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train Akan Tayang di Malaysia Pada 11 Mei Ini!

Next Post

Penamat Wano Arc Anime One Piece Adalah Yang Terbaik Untuk 2023, Kata Juruanimasi Siri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Penamat Wano Arc Anime One Piece Adalah Yang Terbaik Untuk 2023, Kata Juruanimasi Siri!

Penamat Wano Arc Anime One Piece Adalah Yang Terbaik Untuk 2023, Kata Juruanimasi Siri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd