Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Season 17: Arsenal – Info lengkap Legend, peta & semua perubahan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2023
in Artikel, Battle Royale, Berita, Nintendo Switch, Origin, PC, Preview, PS4, PS5, Senarai, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends Season 17: Arsenal – Info lengkap Legend, peta & semua perubahan!
Share on FacebookShare on Twitter

Apex Legends Season 17 bakal tiba tidak lama lagi – jadi bagi mereka yang berminat untuk tahu tentang semua perubahan yang bakal dibawa oleh update, kami telah menggali lebih mendalam tentang penambahan dan perubahan akan datang termasuk Legend baharu, kemas kini pada peta World’s Edge, sistem Weapon Mastery, peta Firing Range dan banyak lagi!

Ingin tahu lebih lanjut? Berikut adalah info lengkap tentang Apex Legends Season 17: Arsenal menurut EA!

Legend baharu Ballistic

Pertama kali didedahkan dalam trailer ‘Stories from the Outlands’, nama sebenar Ballistic sebenarnya ialah August Montgomery Brinkman. Dia seorang veteran berusia 63 tahun, dan pernah bersaing semasa lebih muda dalam ‘Thunderdome Games’ – pendahulu kepada Apex Games. Dia kemudian bersara dan mengasingkan diri; tetapi selepas abang iparnya meninggal dunia dalam Apex, Ballistic menyalahkan dirinya.

Apabila mendapati anaknya bersedia untuk menyertai Apex Games, Ballistic menggantikannya dan berkata bahawa jika dia dibenarkan bertanding, anaknya tidak akan dibenarkan menyertai. Ini menimbulkan kemarahan anaknya, Nathaniel, tetapi Ballistic percaya dia melakukan perkara yang betul.

Berikut adalah abiliti rasmi Ballistic:

  • Kelas: Assasult
  • Passive – Sling: Ballistic mampu memegang tiga senjata, tetapi yang ketiga tidak mempunyai attachment.
  • Tactical – The Whistler:
    • Menembak peluru yang boleh debuf musuh. Senapang musuh akan mula panas semasa menembak, dan ‘overheat’ akan menyebabkan mereka menerima damage. Menahan butang ‘Tactical; akan mengunci target.
  • Ultimate – The Tempest:
    • Apabila diaktifkan, rakan sepasukan berdekatan mendapat reload dan pergerakan lebih pantas, serta peluru tidak terhingga. Senjata ‘sling’ milik Ballistic juga akan dilengkapi dan dinaik taraf kepada gold.

Perubahan pada peta World’s Edge

Peta World’s Edge menerima banyak perubahan baharu sempena musim 17 termasuk dua POI (Point of Interest) unik.

POI baharu: Monument

Dari sudut reka bentuk, Monument ialah kubu dengan sarang sniper untuk para pemain melihat kedudukan dan meninjau musuh. Siling kaca di bangunan membawa komponen menarik kepada pertarungan yang ditawarkan oleh ruang ini (kerana siling kaca boleh dipecahkan) dan memberikan rentak berbeza kepada gameplay.

POI baharu: Stacks

Untuk mengimbangi pengedaran lokasi pendaratan di atas peta, Construction terpaksa dialihkan. Kini memperkenalkan – Stacks, bangunan POI baharu di pinggir selatan. Stacks juga ialah sarang untuk sniper dengan sejumlah tingkat tinggi dengan bumbung yang saling bersambung.

Tiada lagi ‘Lava Updraft’

Untuk Season 17, Respawn telah mengeluarkan sepenuhnya sistem pergerakan ‘vertical updraft’ daripada World’s Edge. Untuk mengimbanginya, mereka telah menaikkan lantai lava yang kini pemain boleh berjalan kaki.

Vault baru berhampiran Skyhook

Respawn telah menambahkan Vault baharu yang terletak di dalam terowong menuju ke Skyhook.

Salji di Skyhook

‘Climate Seeding Tower’ tambahan telah dipasang berhampiran Skyhook. Akibatnya, Skyhook kini menghadapi taburan salji berterusan, yang membuka laluan baharu di kawasan.

Mirage A Trois

POI menarik ini merupakan hoverkraf terapung bersama loot menarik yang kini menetap sepenuhnya di peta World’s Edge.

Sistem Weapon Mastery

Weapon Mastery merupakan sistem progression jangka panjang baharu yang mempunyai misi untuk membuatkan Apex Legends lebih mudah didekati oleh pemain baharu. Khususnya, sistem ini memberi insentif kepada pemain untuk mempelajari tentang kekuatan dan kekurangan setiap senjata di dalam game.

Penjelasan: Setiap senjata akan bermula pada level 1 di mana level itu boleh ditingkatkan dengan menggunakannya senjata itu dalam mana-mana game mode (level senjata tidak akan ‘reset’ pada musim baru dan akan kekal di akaun). Melengkapi senjata, melakukan damage, memperoleh kill, dan bertarung dengan gaya akan menghasilkan Weapon XP bagi senjata itu.

Pada setiap 20 level, sejenis ‘ujian’ akan dibuka yang menguji kemahiran anda dengan senjata itu dan memberi ganjaran kepada pemain jika dapat menyelesaikannya. Bawa senjata ke level 100 dan selesaikan semua ujian untuk “menguasai” senjata itu sepenuhnya dan dapatkan ganjaran hebat termasuk skin Legendary yang dijamin.

Peta Firing Range

Peta Firing Range direka semula sebagai platform latihan terbaik untuk pemain belajar, berlatih, dan meningkatkan kemahiran. Susunan peta adalah seperti berikut:

  • Core: Bahagian Senjata & Loot di mana pemain boleh mencari barang yang mereka ingini dengan cepat dan cekap.
  • Agility Course: Direka untuk mobiliti. Luncur, zip, lompat, panjat dan seimbangkan badan untuk mengasah kemahiran pergerakan.
  • Duel Pit: Direka untuk anda berlawan dengan rakan bagi menguji kemahiran.
  • Training Grounds: Membolehkan pemain melatihkan diri dalam simulasi pertempuran sebenar.

Dummy yang boleh diubahsuai

Dummy boleh dikonfigurasikan untuk muncul, bergerak dan menembak pemain dalam pelbagai cara. Tukar tetapan untuk mencari pengalaman paling sesuai mengikut keperluan anda. Jika ingin cabaran, anda boleh menghidupkan mode Full Combat supaya Dummy menyerang secara agresif.

Sasaran yang ditambah baik

Sasaran akan menyalakan warna berbeza untuk memberi maklum balas tentang bahagian anda menembak. Hidupkan ‘Hit Markers’ dalam tetapan Customize Range untuk mempelajari corak serangan bagi jenis-jenis senjata.

Survival Item baharu: Evac Tower

Evac Tower menyediakan cara serba baharu untuk para Legend merentasi Apex Games dan memperoleh kelebihan posisi ke atas musuh. Apabila menggunakan Evac Tower, sebuah roket akan terbang ke langit, lalu meletup menjadi belon yang menjatuhkan zipline. Di sini, pemain dapat menaiki dan memulakan skydive, untuk pergi ke lokasi baharu.

Cuma hati-hati kerana Evac Tower mempunyai tempoh terhad dan perlahan-lahan akan hilang. Musuh dan sekutu juga boleh menembak belon untuk mempercepatkan proses hilang.


Itu sahaja info tentang Apex Legends Season 17! Game ini boleh dimainkan secara percuma sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui aplikasi EA, Origin dan Steam.

Muat turun di sini
Apex Legends
Developer: Respawn Entertainment
Release Date: 2019-02-04
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Apex Legends adalah permainan Battle Royale bebas yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 tanpa sebarang pengumuman atau pemasaran sebelumnya.
Tags: Apex LegendsApex Legends Season 17
ShareTweetSend
Previous Post

Pengasas MAPPA Percaya Animasi China Boleh Atasi Anime, Tetapi Dengan Satu Syarat!

Next Post

Black Clover berehat selama sebulan, Akan kembali pada 21 Mei 2023 nanti

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Black Clover berehat selama sebulan, Akan kembali pada 21 Mei 2023 nanti

Black Clover berehat selama sebulan, Akan kembali pada 21 Mei 2023 nanti

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd