Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengasas MAPPA Percaya Animasi China Boleh Atasi Anime, Tetapi Dengan Satu Syarat!

Maira by Maira
May 2, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pengasas MAPPA Percaya Animasi China Boleh Atasi Anime, Tetapi Dengan Satu Syarat!
Share on FacebookShare on Twitter

Jepun memang terkenal dengan industri animasi yang besar dan sehingga sekarang masih mendapat sambutan daripada seluruh dunia. Walaupun begitu, pelbagai saingan hebat berkemungkinan boleh mengatasi anime tidak lama lagi.

Melalui The Japan Time, Masao Maruyama pengasas bersama untuk studio MAPPA, Madhouse dan Studio M2 telah mendakwa bahawa animasi China, ataupun lebih dikenali sebagai Donghua, akan mengatasi animasi Jepun jika mereka mendapat “kebebasan” untuk berkarya. Dia berkata kepada bahawa, “Di Jepun, orang bukan lagi dilatih untuk animasi. Satu-satunya sebab China masih belum dapat mengejar Jepun kerana beberapa sekatan yang dikenakan di sana.”

anime

Tambahnya lagi, “Jika lebih banyak kebebasan diberikan, Jepun akan diatasi dengan pantas.” Maruyama turut memberikan komen bahawa industri animasi di Jepun kini lebih fokus kepada genre yang lebih menghasilkan banyak duit serta menggunakan banyak watak “comel”, membuatkan anime tidak begitu menyerlah seperti hasil animasi Disney ataupun arthouse Perancis daripada segi kreativiti.

Maruyama percaya bahawa ia telah mengalih perhatian industri Jepun daripada melatih lebih ramai orang untuk menjadi juruanimasi. Kita juga telah membaca pelbagai rintihan daripada juruanimasi mengenai beban kerja yang banyak dan juga bayaran yang sedikit untuk animasi yang dihasilkan. Manakala China pula sekarang ini banyak melabur kepada juruanimasi baru.

Tidak dinafikan memang banyak animasi China yang betul-betul hebat, dan mempunyai potensi untuk mengatasi siri anime sekarang. Banyak juga siri yang berjaya tembus ke pasaran Jepun dan mendapat sambutan hangat di sana. Jadi tidak pelik mengapa pengasas bersama MAPPA ini agak risau melihat industri animasi Jepun sekarang.

Apa pula pendapat anda mengenainya? Adakah anda pernah menonton donghua? Boleh kongsikan kepada kami melalui ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai animasi daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasianimedonghua
ShareTweetSend
Previous Post

Akses awal Jected – Rivals akan bermula pada 4 Mei 2023 di Steam!

Next Post

Apex Legends Season 17: Arsenal – Info lengkap Legend, peta & semua perubahan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apex Legends Season 17: Arsenal – Info lengkap Legend, peta & semua perubahan!

Apex Legends Season 17: Arsenal - Info lengkap Legend, peta & semua perubahan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd