Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Sarada akhirnya buka Mangekyo Sharingan, Konoha jatuh ke rancangan jahat Kawaki!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Boruto: Sarada akhirnya buka Mangekyo Sharingan, Konoha jatuh ke rancangan jahat Kawaki!

Kredit - Fl4shh7

Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, manga Boruto akhirnya telah mengeluarkan bab terbaru yang menjelaskan peristiwa malang yang terjadi kepada protagonis kita, Uzumaki Boruto. Merupakan antara bab paling penting, kita dapat tahu mengapa dia dan Kawaki bermusuhan serta mendedahkan bagaimana Uchiha Sarada memperoleh Mangekyo Sharingan!

Naruto: Sasuke’s Story—The Uchiha and the Heavenly Stardust: The Manga, Ch. 10: Calamity strikes in the final chapter! Read it FREE from the official source! https://t.co/ktLmEJuCJs pic.twitter.com/ddTRLLA7lN

— Shonen Jump (@shonenjump) April 22, 2023

Sebagai rumusan untuk bab sebelum, Eida (tanpa sengaja) telah “menterbalikkan” kehidupan Boruto dan Kawaki, di mana Boruto kini dilabel sebagai musuh oleh seluruh kampung Konoha selepas dituduh membunuh Hokage ke-7 Uzumaki Naruto. Apakah yang terjadi selepas ini? Berikut merupakan rumusan padat!

AMARAN!! SPOILER UNTUK BORUTO BAB 80!! BACA SPOILER BAB 79 DI SINI!!

Atas arahan Kawaki, Eida berbohong kepada Shikamaru bahawa Boruto membunuh Naruto. Shikamaru menyampaikan maklumat itu kepada shinobi-shinobi lain tetapi Sumire tidak terkesan dengan “pukauan” ini dan mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan gelombang cahaya (shinjutsu Eida) yang dilihat olehnya sebentar tadi.

Eida bertanya kepada Kawaki sama ada dia rancangan dia perlu ekstrem seperti ini tetapi Kawaki gembira kerana tiada siapa dapat mengganggunya membunuh Boruto. Kenapa Kawaki buat begini? Untuk memastikan Naruto dan Hinata selamat sehingga dia membunuh Boruto dan Code. Kemudian, Daemon (adik Eida) pun tiba dan bertanya sama ada Kawaki telah melakukan sesuatu dengan kakaknya.

Sasuke jumpa Sarada dan bertanya jika dia ok. Selepas mendengar apa yang berlaku, Sarada (yang juga tidak terkesan oleh ninjutsu misteri ini) amat terkejut dan mendapati memori ayahnya Sasuke pun berubah seperti orang lain. Sumire menghubungi Sarada, dan berkongsi syak wasangkanya tentang Eida. Sumire menjelaskan bahawa mereka berdua tidak terjejas, dan ini hanyalah satu langkah drastik oleh Eida untuk menyelamatkan Kawaki.

Sarada, yang masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya, berasa sedih dengan keadaan Boruto. Dia merayu kepada Sasuke untuk kembali normal dan memberitahu semua orang ditipu. Walaupun begitu, Sasuke masih percaya Boruto yang membunuh Naruto. Sarada tidak berhenti merayu kepada Sasuke untuk mempercayainya. Walaupun dia tahu ayahnya tidak memahami, Sarada meminta Sasuke untuk membantu Boruto. Pada saat ini, Sasuke perasan bahawa Sarada telah membangkitkan mata Mangekyo Sharingan.

Pada masa yang sama, Team 10 (Yamanaka Inojin, Nara Shikadai dan Akimichi Chocho) sedang menyerang hendap Boruto. Momoshiki menawarkan untuk mengambil alih badan Boruto bagi membunuh semua orang, tetapi Boruto menolak. Tiba-tiba, Sasuke datang menyelamatkan Boruto.

Semasa meninggalkan kampung, Sasuke berkongsi memorinya tentang Kawaki. Mereka membuat keputusan untuk berehat di luar jangkauan sensor Konoha, tetapi Eida berjaya mengesan posisi mereka dengan Senrigan. Dia memberitahu Kawaki untuk pulang tanpa dia, manakala dia dan Daemon pergi ke lokasi itu.

Boruto bertanya mengapa Sasuke membantunya sedangkan dia adalah musuh. Sasuke menerangkan bahawa Boruto mempunyai pelindung dahi yang dia berikan kepada Kawaki, dan dapat merasakan kehadiran Momoshiki dalam dirinya, sedangkan dia “ingat” Momoshiki berada di dalam Kawaki. Ini membuatkan Sasuke takut dan mengesyaki memorinya adalah palsu. Sasuke memutuskan jika dia tidak boleh mempercayai memori sendiri, dia akan percaya kata anaknya Sarada, dan mendapati ia berbaloi untuk mempertaruhkan nyawanya.

Momoshiki menjelaskan bahawa shinjutsu “Omnipotence” milik Eida tidak boleh dibuang, malah membunuh Eida pun tidak akan membetulkan semula keadaan. Boruto mengejek Momoshiki yang kelihatan panik dan memintanya untuk berdiam. Eida kemudian tiba dengan Daemon, dan meminta maaf kepada Boruto. Dia hanya mahu membantu Kawaki, tetapi sesuatu yang tidak jangka telah berlaku.

Eida anggap Boruto akan berada dalam keadaan putus asa. Hakikatnya, Boruto memang berasa sedih dan hampir putus asa, tetapi dia memikirkan itulah yang dialami oleh Kawaki sejak kecil. Dia sedar dia mungkin telah menimbulkan kemarahan Kawaki dengan cuba merapatkan hubungan mereka di mana Eida memberitahu bahawa Kawaki memang menganggap Boruto sebagai “adik”.

Sasuke kemudian menceritakan kepada Boruto bahawa Naruto juga pernah mengalami situasi yang sama. Dia dahulu dipulaukan oleh semua orang dan tidak mempunyai siapa-siapa di sisi. Tidak ingin berputus asa, Naruto mengubahnya nasib dirinya menggunakan usaha sendiri, jadi Boruto harus melakukan perkara yang sama.

Boruto percaya dia tidak kehilangan segala-galanya – dia mempunyai darah bapanya, darah keluarga ibu Hyuga dan darah datuk Hokage dalam dirinya, tetapi paling penting sekali, dia adalah seorang shinobi Konoha dengan semangat “Will of Fire“. Boruto berazam untuk menjadi kuat demi mengubah keadaan mereka.

Untuk menebus kesalahannya kerana meletakkan Boruto dalam situasi ini, Eida berjanji untuk tidak mencari Boruto atau Sasuke sehingga mereka kembali ke Konoha. Boruto mengucapkan terima kasih, dan memintanya untuk menyampaikan terima kasih kepada Sarada kerana menghantar Sasuke kepadanya.


Maka tamatlah bab ini. Sekarang, manga Boruto akan berrehat selama 3 bulan dan bakal kembali pada bulan Ogos nanti sebagai persediaan untuk story arc seterusnya (harap-harap sudah timeskip). Saya yakin ramai yang tidak sabar untuk melihat apa terjadi, tetapi seelok-eloknya kita beri masa kepada Masashi Kishimoto dan Mikio Ikemoto untuk memikirkan hala tuju siri ini.

Boruto berlatih di bawah Sasuke, Sarada membuka Mangekyo Sharingan – saya sendiri tidak sabar untuk membaca bab seterusnya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutomangaSarada
ShareTweetSend
Previous Post

PS5 FINAL FANTASY XVI Bundle tersedia mulai 22 Jun 2023 – harga RM2339 untuk PS5 Digital, RM2769 untuk PS5 Fizikal

Next Post

Armored Core VI: Fires of Rubicon akan tiba 25 Ogos, gameplay baharu dipamerkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Armored Core VI: Fires of Rubicon akan tiba 25 Ogos, gameplay baharu dipamerkan!

Armored Core VI: Fires of Rubicon akan tiba 25 Ogos, gameplay baharu dipamerkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd