Selepas mengadakan ujian alpha tertutup, Ubisoft kini telah bersedia untuk menjalankan fasa seterusnya untuk The Division Resurgence yang akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.
Kalau anda nak tahu, The Division Resurgence membawa gameplay ikonik third-person shooter RPG ke iOS dan Android dalam game free-to-play, The Division Resurgence. Selepas ujian alpha tertutup yang memfokuskan kepada pengalaman gameplay utama, pasukan kini sedang mencari rekrut baharu untuk menyertai beta tertutup yang akan menampilkan mode PVP, termasuk Dark Zone yang seram dan mode Conflict yang kompetitif.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai ujian yang bakal diadakan pada pertengahan tahun ini, sila daftarkan diri anda di laman web mereka, thedivisionresurgence.com.
Sebelum ini, kami telah pun berpeluang untuk bermain game ini dan jika anda ingin mengetahui lebih banyak tentang game ini, sila ke pautan ini untuk melihat preview kami.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Division Resurgence adalah sebuah game mobile yang akan dilancarkan di iOS dan Android. Buat masa sekarang, mereka masih mengadakan ujian berfasa untuk mengetahui sama ada game ini diboleh dimainkan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Jika anda berminat, jangan lupa untuk mendaftarkan diri di thedivisionresurgence.com.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post