Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman kami di acara pra-lancar MtG: March of the Machine! Cegah pencerobohan Phyrexia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 19, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Kad Strategi, Preview, Tabletop, Tempatan
0 0
0
Pengalaman kami di acara pra-lancar MtG: March of the Machine! Cegah pencerobohan Phyrexia!
Share on FacebookShare on Twitter

Set terbaharu ‘Magic The Gathering: March of the Machine‘ akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi, dan kami bernasib baik untuk menerima jemputan daripada Wizard of the Coast bagi menghadiri acara pra-lancar untuk kemas kini itu pada minggu lepas. Sudah tentu, wakil kami menghadiri acara itu untuk berkongsi pengalaman seronoknya bersama pembaca semua.

Tibanya di acara

Berlangsung di Kings Hall, Petaling Jaya, acara ini diadakan untuk meraikan pra-pelancaran set March of the Machine – iaitu kesimpulan epik kepada saga Phyrexia. Dengan banyak watak ikonik yang kembali, mekanik baharu dan macam-macam lagi, peserta acara dapat mencuba kad dalam set terbaharu secara langsung.

Dari segi rekaan, lokasi acara cuba untuk mereplikasi tema March of the Machine. Di dalam dewan – loceng berbunyi yang berfungsi sebagai amaran kepada pencerobohan Phyrexia akan datang.

Para peserta diminta untuk berpindah ke ‘alam’ (bilik) seterusnya. Sementara menunggu askar Phyrexia tiba, kami diberikan pembentangan khas oleh Kenneth Ong, Pengurus Jenama Serantau untuk Wizards of the Coast SEA.

Pembentangan itu sendiri pun nampak sangat menarik dan penuh dengan info-info penting, trailer CG istimewa, dan infografik (seperti peta) yang menunjukkan berapa banyak alam dan dunia telah jatuh ke tangan para Phyrexia.

Selepas gagal memujuk para peserta untuk menyertai pihak Elesh Norn (ketua New Phyrexia), kami dikumpulkan untuk mencuba permainan Pandemic yang bertemakan Phyrexia. Ini merupakan aktiviti ‘ice-breaker’ istimewa di mana peserta perlu bekerjasama dalam pasukan yang terdiri daripada tiga orang dan menyelamatkan alam berbeza daripada musnah.

Di sini, peserta terpaksa bergerak antara dunia MTG yang berbeza demi mencari dan membawa pulang Sylex (sejenis artifak khas) sambil memastikan kerosakan berada di tahap minimum. Jika terlalu banyak dunia dimusnahkan, maka itu bermaksud peserta akan kalah.

Sesi mencuba set March of The Machine

Memandangkan sesi ‘Ice-Breaking’ dan pengenalan telah tamat, akhirnya kita boleh mencuba set March of the Machine.

Daripada segi gameplay, ia sebenarnya tidak terlalu sukar untuk menggunakan set Phyrexia kerana kebanyakan kad mempunyai mekanik lebih kurang sama – banyak kad sama ada boleh berubah menjadi versi Phyrexia atau menggunakan abiliti Incubate untuk melahirkan lebih ramai askar Phyrexia bagi membanjiri papan permainan.

Menggunakan ilmu yang dia ada, wakil kami menyusun dek ‘Red-Green‘ optimum. Katanya, dia bernasib baik kerana berjaya mendapat beberapa kad hebat daripada set – seperti ‘Etali‘ baharu, ‘Primal Conqueror‘ serta ‘Urabrask‘ dan ‘Vorinclex‘.

Khususnya, set Mac of the Machine benar-benar bagus untuk playstyle yang lebih bersifat ‘mendominasikan musuh’ dan wakil kami berjaya memenangi perlawanan pertama dengan ‘City On Fire enchantment‘, yang menggandakan damage sebanyak tiga kali dan menggunakan ‘Tangled Skyline enchantment‘ untuk memastikan semua askar Phyrexia yang dia miliki (dihasilkan daripada abiliti Incubate) boleh menghalang serangan musuh yang menjengkelkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kami kepada Wizards of the Coast SEA kerana menjemput kami ke acara hebat ini!


Saya ingin ingatkan, March Of The Machine akan dilancarkan di Malaysia pada 21 April 2023 dalam pelbagai Draft Booster, Set Booster, Collector Booster, Jumpstart Booster, Welcome Booster, Commander deck, Bundle dan Secret Lair.

Untuk baca segala liputan kami tentang MtG, sila tekan pautan ini.

Tags: acaraMagic The GatheringMarch of the MachineMTG
ShareTweetSend
Previous Post

Jualan tiket Guardian of the Galaxy Vol 3 bermula esok! Tayangan mula 4 Mei ini!

Next Post

AFA Creators Super Fest Akan Diadakan Di Singapura Pada Julai Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
AFA Creators Super Fest Akan Diadakan Di Singapura Pada Julai Ini!

AFA Creators Super Fest Akan Diadakan Di Singapura Pada Julai Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd