Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Spin-off Knuckles Dedahkan Sinopsis & Barisan Pelakon!

Maira by Maira
April 18, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Siri Spin-off Knuckles Dedahkan Sinopsis & Barisan Pelakon!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan penerimaan hangat daripada penonton filem Sonic the Hedgehog, sebuah siri spin-off telah pun diumumkan! Siri tersebut akan fokus kepada rakan merah Sonic iaitu Knuckles. Baru-baru ini, ada beberapa perkara mengenai siri Knuckles telah pun didedahkan! Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Melalui Variety, siri live-action Knuckles yang dibintangi Idris Elba telah pun menemui barisan pelakonnya. Selain daripada Elba, Adam Polly dan Tika Sumpter turut kembali untuk melakonkan watak Wade Whipple dan Maddie daripada francais filem. Barisan pelakon lain dalam siri ini adalah seperti berikut:

  • Edi Patterson (The Righteous Gemstones)
  • Julian Barratt (Mindhorn)
  • Scott Mescudi (Don’t Look Up)
  • Ellie Taylor (Ted Lasso)
  • Rory McCann (Game of Thrones)

Mengenai siri ini, ia berlaku selepas kejadian yang berlaku dalam filem Sonic the Hedgehog 2. Senang cerita ia akan menjadi jambatan antara filem Sonic 2 dan Sonic 3, yang dijadualkan untuk tayangan pada 20 Disember 2024. Berikut adalah sinopsis pendek untuk siri Knuckles:

“Knuckles bersetuju untuk melatih Wade sebagai protégénya dan mengajarnya tentang cara pahlawan Echidna.”

Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi untuk tayangan siri ini. Dengan barisan pelakon telah didedahkan, bermakna penggambaran filem akan bermula tidak lama lagi. Memandangkan filem Sonic the Hedgehog 3 akan ditayangkan pada Disember 2024, ada kemungkinan besar ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2024. Apa pun kita tunggu sahaja berita lanjut mengenainya nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Knucklessonic the hedgehog
ShareTweetSend
Previous Post

Valorant umum mode baru Premier – Ujian Beta bermula 25 April ini!

Next Post

Pokemon misteri akan tiba dalam DLC Scarlet & Violet: The Hidden Treasure of Area Zero! Teaser awal

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pokemon misteri akan tiba dalam DLC Scarlet & Violet: The Hidden Treasure of Area Zero! Teaser awal

Pokemon misteri akan tiba dalam DLC Scarlet & Violet: The Hidden Treasure of Area Zero! Teaser awal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd