Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja CONNECTIONS tambah ‘original story’, Naruto Baryon Mode, Sasuke Shadow Kage

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Manga, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naruto x Boruto: Ultimate Ninja CONNECTIONS tambah ‘original story’, Naruto Baryon Mode, Sasuke Shadow Kage
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Bandai Namco dan CyberConnect2 telah mendedahkan sejumlah info baharu untuk Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS termasuk kemunculan Uzumaki Naruto (Baryon Mode) dan Uchiha Sasuke (Supporting Kage) sebagai watak boleh dimainkan serta ‘original story‘ berdasarkan Boruto.

NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS

Naruto Uzumaki (Baryon Mode) and Sasuke Uchiha (Supporting Kage) will be joining as new playable characters!

For more info, please visit here:https://t.co/W5skqWvnxI

Stay tuned for more about new playable characters!#NSC pic.twitter.com/bpPE7DJwp2

— Naruto Video Games (@Narutovideogame) April 14, 2023

Bagi mereka yang kurang tahu tahu, Ultimate Ninja CONNECTIONS diumumkan pada awal tahun 2023 sempena ulang tahun ke-20 Naruto dan mengumpulkan bahagian-bahagian penting daripada keempat-empat judul sebelum lalu menggabungkannya menjadi satu. Di sini, pemain dapat mencuba setiap watak Naruto daripada game terdahulu di samping mengalami keseluruhan kisah Naruto dengan grafik yang ditambah baik.

Berkenaan info terkini, Naruto akan menerima transformasi baharu yang dikenali sebagai Baryon Mode. Mula diperkenalkan dalam siri Boruto, transformasi unik itu digunakan oleh Naruto dan Kurama untuk menewaskan Otsutsuki Isshiki. Dalam Baryon Mode, Naruto bertukar penampilan ke jubah dan chakra merah yang diperbuat daripada chakra Kurama. Dalam bentuk ini, kekuatan dan kelajuan Naruto meningkat dan drastik pada kos yang tinggi.

Gameplay Naruto (Baryon Mode)

Uchiha Sasuke turut akan menerima variasi baharu untuk dimainkan, yang nama rasminya adalah “Supporting Kage aka Shadow Kage”. Ini merupakan penampilan terkini Sasuke dalam manga Boruto di mana dia melindungi Konoha daripada bayang-bayang. Memakai jubah dan pedang, ini juga adalah Sasuke di puncak kekuatannya apabila dia memiliki kedua-dua Sharingan dan Rinnegan.

Gameplay Sasuke (Supporting Kage)

Selain Naruto Baryon Mode dan Sasuke Shadow Kage, Bandai Namco turut berkongsi teaser tentang ‘jalan cerita tambahan’ di dalam Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections. Sepenuhnya original (tidak pernah muncul dalam manga atau anime), ‘original story’ ini menampilkan Boruto sebagai watak utama. Menurut deskripsi Bandai Namco, Boruto ditahan oleh musuh mister dengan kunai, dan harus berhadapan dengan musuh yang memakai Susanoo merah (antara jutsu dan teknik terhebat puak Uchiha).

Nampaknya macam-macam perkara akan terjadi dalam Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS tetapi peminat yang tidak sabar untuk cuba, harus bersabar lagi kerana tarikh keluaran rasmi masih belum didedahkan. Yang saya tahu, game ini akan dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada tahun ini.


Baca segala liputan kami tentang francais Naruto di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Design T-shirt & Hoodie Rasmi Game Silent Hill 2 Kena Kritik Oleh Peminat!

Next Post

“Guardian of the Galaxy Vol 3 adalah filem Standalone” – Kata James Gunn

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Guardian of the Galaxy Vol 3 adalah filem Standalone” – Kata James Gunn

"Guardian of the Galaxy Vol 3 adalah filem Standalone" - Kata James Gunn

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd