Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

State of Play pamer gameplay baru untuk Final Fantasy XVI – apa yang baru?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2023
in ARPG, Artikel, Livestream, PS5
0 0
0
State of Play pamer gameplay baru untuk Final Fantasy XVI – apa yang baru?
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation telah mempamerkan gameplay baharu untuk Final Fantasy XVI, ansuran seterusnya dalam siri Final Fantasy. Bakal keluar di PS5 pada 22 Jun 2023, gameplay baharu Final Fantasy XVI memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang sistem pertempuran, pertarungan antara Eikon, dan dunia Valisthea (dunia untuk entri kali ini).

Anda boleh tonton gameplay baharu ini di bawah:

Antara ciri-ciri yang kita melihat buat pertama kali termasuk:

Clive’s Hideout

Clive’s Hideout, yang berfungsi sebagai markas utamanya sepanjang permainan, telah didedahkan dalam video di atas dan menunjukkan Clive bersiap sedia untuk pertempuran akan datang dengan membuat barang dengan bahan terkumpul atau menjalani latihan melalui ‘training mode’.

Pemain juga boleh menyelesaikan pelbagai side quest serta Mob Hunt, yang membolehkan anda menghadapi musuh lebih kuat. Mob Hunt boleh diterima daripada Hunt Board yang diuruskan oleh Moogle comel!

Loresman Harpocrates dan Vivian Ninetales

Loresman Harpocrates muncul dalam Clive’s Hideout. Dia mengkaji sejarah dan adat resam Valisthea termasuk menyelidik tentang iklim tempatan, kisah-kisah mitos, agama, dan tradisi.

Harpocrates ingin tahu tentang Clive dan semasa Clive berkongsi pengalaman tentang masa lalunya, Harpocrates memperoleh pengetahuan baharu sebagai penyelidik. Dengan ini, Thousand Tomes di mana dia menyimpan rekod pengetahuannya, akan menjadi lebih lengkap.

Anda boleh membaca apa sahaja tentang Valisthea jika anda melawat Harpocrates dan membuka buku Thousand Tomes. Jadi, jangan lupa untuk bercakap dengan Harpocrates apabila anda singgah di Hideout dalam perjalanan anda.

Vivian si ‘Military Scholar’ pula sangat mahir dalam hal ehwal negara-negara Valisthea dan akan memberikan pengajaran atau petua kepada Clive pada titik-titik tertentu dalam jalan cerita. Anda juga boleh bercakap dengannya di Hideout.

Vivian sangat berpengetahuan tentang Valisthea moden, serta sejarahnya dan gembira untuk berkongsi ilmunya tentang masa lalu. Dengan bantuannya, anda boleh lebih tahu tentang hubungan watak dan kejadian dunia yang sentiasa berubah pada tempoh masa tertentu. Setiap kali anda ingin menyemak cerita setakat ini atau ingin mengenal pasti ke mana Clive harus pergi seterusnya, ilmunya pasti akan sangat membantu.

Gameplay pertempuran baharu

Selepas itu, video di atas tertumpu pada bahagian pertempuran yang menunjukkan gameplay Clive, dan pertarungan raksasa antara Eikon, serta abiliti Eikonic.


Final Fantasy XVI akan dilancarkan di PS5 pada 22 Jun 2023. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy XVIstate of play
ShareTweetSend
Previous Post

Preview XDefiant – Pabila dunia Ubisoft bergabung menjadi satu game shooter!

Next Post

Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguhkan sekali lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang
Review

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Acara

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

May 13, 2025
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Berita

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

May 13, 2025
Next Post
Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguhkan sekali lagi!

Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguhkan sekali lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd