UPDATE: Walaupun tiada tarikh keluaran yang tepat, laman web rasmi Naruto mengesahkan bahawa manga spinoff Namikaze Minato aka Hokage ke-4 akan muncul pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September) di majalah komik Weekly Shonen Jump.
Artikel original adalah seperti berikut:
Beberapa bulan lepas, sebuah undian untuk menentukan ‘Watak Naruto paling Popular‘ telah diadakan di seluruh dunia dan akhirnya, hari ini kita mendapat jawapan rasmi. Didedahkan melalui livestream di halaman YouTube Jump Comics, Hokage Keempat aka Minato Namikaze telah memenangi undian ‘Naruto Top 99‘ selepas menewaskan Itachi dan Sakura dan bakal menerima manga eksklusif mengisahkan dirinya!

Minato diundi sebagai watak paling popular dengan jumlah undian sebanyak 792,257, manakala Itachi Uchiha memegang tempat kedua dengan 505,014 undian, diikuti oleh Sakura Haruno di tempat ketiga dengan 489,619 undi. Senarai 99 watak paling popular turut didedahkan dalam livestream, tetapi berikut ialah 20 watak dengan undian tertinggi dalam undian:
- Minato Namikaze
- Itachi Uchiha
- Sakura Haruno
- Shisui Uchiha
- Kakashi Hatake
- Naruto Uzumaki
- Sakumo Hatake
- Sasuke Uchiha
- Madara Uchiha
- Hinata Hyuga
- Obito Uchiha
- Jiraiya
- Shikamaru Nara
- Tobirama Senju
- Gaara
- Hashirama Senju
- Deidara
- Neji Hyuga
- Sasori
- Rock Lee

Seperti yang saya kata tadi, watak yang memenangi tempat pertama akan menerima manga pendek yang dicipta oleh pencipta siri Masashi Kishimoto. Selepas melihat keputusan undian. Kishimoto berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi dalam Naruto Top 99 dan terkejut apabila melihat Minato berada di kedudukan pertama di beberapa negara.
Kishimoto sendiri mengundi Kurama dan berharap Musang Sembilan Ekor itu dapat memenangi undian popular, tetapi Kurama hanya berjaya menduduki tempat ke-22. Sempena itu, dia melukis poster istimewa yang menampilkan watak Naruto paling popular. Korang boleh lihat poster itu di bawah.

Pada masa yang sama, Kishimoto turut mendedahkan bahawa dia telah mula mengerjakan manga khas untuk Minato. Ingin mengerjakan manga yang boleh menepati jangkaan peminat, Kishimoto nampaknya telah menghasilkan lebih banyak muka surat berbanding yang dia merancang pada mula.
Berkenaan jalan cerita, beliau tidak mendedahkan sebarang spoiler tetapi menjelaskan bahawa manga itu memberi tumpuan kepada jutsu milik Minato. Beliau tidak menjelaskan jutsu apa akan menjadi tumpuan tetapi kemungkinan ini adalah kisah semasa Minato ingin belajar menggunakan Rasengan.
Apa pendapat korang? Gembira tak melihat Minato dapat manga sendiri? Jom kongsi pendapat di ruang komen. Baca segala liputan kami tentang francais Naruto di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post