Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AI kini boleh dapatkan ‘kata laluan’ dalam masa kurang seminit, mohon netizen hati-hati!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Panduan, Teknologi
0 0
0
AI kini boleh dapatkan ‘kata laluan’ dalam masa kurang seminit, mohon netizen hati-hati!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebekalangan ini, penggunaan AI (artificial intelligence) semakin trending kerana dapat melakukan macam-macam perkara menarik seperti mengubah imej, membantu dalam hal kerja, memberi solusi pada masalah sukar dan sebagainya. Tetapi AI juga terbukti menjadi lebih berbahaya. Menurut laporan baharu oleh pakar keselamatan Home Security Heroes, mereka menjelaskan bahawa AI juga boleh digunakan untuk mendapatkan ‘kata laluan’ dalam tempoh masa kurang seminit lalu menggodam data peribadi.

Untuk menentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mendapatkan 15,600,000 kata laluan tipikal melalui AI, Home Security Heroes telah menggunakan alat AI istimewa bernama PassGAN. Secara umum, fungsi utama PassGAN adalah untuk mendapatkan sebarang jenis kata laluan melalui proses manual dan juga menganalisis kata laluan daripada kebocoran data sebenar.

Untuk kata laluan tipikal, Home Security Heroes mendapati bahawa 81% daripada kata laluan itu boleh diperoleh dalam masa kurang daripada sebulan, 71% dalam masa kurang daripada sehari, 65% dalam masa kurang daripada satu jam dan 51% dalam masa kurang daripada seminit.

Dua faktor memainkan peranan penting dalam hal ini iaitu ‘betapa panjang kata laluan’ dan ‘kerumitannya’. PassGAN mengambil masa enam minit untuk memperoleh kata laluan dengan tujuh jumlah aksara, walaupun ia mengandungi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Selain itu, PassGAN hanya mengambil masa tiga minit untuk memperolehkan kata laluan dengan 13 aksara yang isinya hanya nombor.

Sebaliknya, kata laluan yang panjang dan rumit adalah yang paling selamat. Kata laluan sembilan aksara yang memakai semua jenis aksara berbeza akan mengambil masa lima tahun untuk diperoleh, manakala kata laluan 18 aksara dengan hanya nombor akan mengambil masa 10 bulan untuk dipecahkan. Kata laluan 18 aksara yang menggunakan semua jenis aksara berbeza akan mengambil masa enam quintillion tahun.

Jadi, bagaimana gajet AI PassGAN begitu mahir dalam mendapatkan kata laluan kita? Seperti saya kata tadi, PassGAN bukan sahaja memanfaatkan teknik tradisional, malah ia mampu menganalisis dan belajar daripada data bocor untuk menjadi lebih pintar. Dengan kaedah seperti ini tersedia untuk orang ramai, ini bermaksud sesiapa yang berniat jahat boleh mendapatkan kata laluan kita dengan lebih cepat dan cekap.

Lindungi kata laluan kita

Langkah-langkah di bawah dicadangkan oleh Home Security Heroes (HSH).

Cipta kata laluan yang panjang dan rumit: Menurut HSH, guna sekurang-kurangnya 15 aksara, mempunyai sekurang-kurangnya dua huruf (huruf besar dan kecil) serta nombor dan simbol, dan mengelakkan corak jelas seperti perkataan atau nama sebenar.

Tukar kata laluan dengan kerap: Tukar kata laluan secara berkala untuk mengelakkan digodam.

Jangan gunakan kata laluan yang sama di semua akaun: Penggodam boleh menggunakan kata laluan yang terbocor untuk menjejaskan akaun-akaun lain. Minimumkan kerosakan dengan menggunakan kata laluan berbeza untuk setiap akaun.


Baca lagi banyak berita menarik termasuk gaming, anime, teknologi dan lain-lain di Gamer Santai!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AIkata laluanPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Siri TV Harry Potter Telah Diumumkan! Akan Perkenalkan Pelakon Baru!

Next Post

Endless Dungeon Kena Tunda, Akan Lancar Pada 19 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Endless Dungeon Kena Tunda, Akan Lancar Pada 19 Oktober!

Endless Dungeon Kena Tunda, Akan Lancar Pada 19 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd