Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Island 2 umum ‘PC Spec’ untuk jalankan game, RAM minimum perlu 10GB

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Island 2 umum ‘PC Spec’ untuk jalankan game, RAM minimum perlu 10GB
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Dead Island 2 akan keluar tidak lama lagi, pihak pemaju Dambuster Studios membuat keputusan untuk mendedahkan ‘PC Spec’ supaya pemain PC boleh bersiap sedia. Secara sekilas pandang, spesifikasinya nampak intensif pada tetapan tinggi, tetapi mereka telah menyenaraikan empat preset bermula daripada Minimum hingga ke Ultra supaya korang semua boleh membuat perbandingan.

Buat mereka yang tidak tahu, Dead Island 2 ialah judul ARPG yang dibangunkan oleh Dambuster Studios dan diterbitkan oleh Deep Silver.

Berlangsung 10 tahun selepas kejadian Dead Island pertama, kerajaan Amerika Syarikat meletakkan negeri California dalam kuarantin untuk membendung ancaman zombie, tetap malangnya, masalah yang lebih serius mula timbul. Dalam Dead Island 2, pemain harus menerokai runtuhan Los Angeles yang dipenuhi zombie sebagai salah satu daripada enam watak yang dipanggil Slayers, masing-masing dengan abiliti unik sendiri untuk dicuba.

Berikut adalah PC Spec untuk Dead Island 2:

Minimum – 1080p/30 FPS

  • OS: Windows 10
  • CPU: AMD FX-9590 atau Intel Core i7 7700HQ
  • Memory: 10GB
  • GPU: AMD Radeon RX 480 atau GeForce GTX 1060
  • Storage – 70GB

Recommended – 1080p/60 FPS

  • OS: Windows 10
  • CPU: AMD Ryzen 5 5600X atau Intel Core i9 9900K
  • Memory: 16GB
  • GPU: AMD Radeon RX 6600 XT or GeForce RTX 2070 Super
  • Storage – 70GB

High – 1440p/60 FPS

  • OS: Windows 10
  • CPU: AMD Ryzen 7 7700X atau Intel Core i5 12600KF
  • Memory: 16GB
  • GPU: AMD Radeon RX 6750 XT or GeForce RTX 3070
  • Storage – 70GB

Ultra – 4K/60 FPS

  • OS: Windows 10
  • CPU: AMD Ryzen 9 7900X atau Intel Core i7 13700K
  • Memory: 16GB
  • GPU: AMD Radeon RX 6950 XT or GeForce RTX 3090
  • Storage – 70GB

Dead Island 2 akan dilancarkan pada 21 April untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Baca segala liputan kami tentang Dead Island 2 di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Island 2PC
ShareTweetSend
Previous Post

The Penguin, Siri Spin-off The Batman Dedahkan Trailer Pertama! Akan Tayang Pada 2024!

Next Post

NVIDIA umum GeForce RTX 4070, harga bermula RM 3,049 di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
NVIDIA umum GeForce RTX 4070, harga bermula RM 3,049 di Malaysia

NVIDIA umum GeForce RTX 4070, harga bermula RM 3,049 di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd