Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey umum DLC ‘Reunion of Memories’ – akan tiba tak lama lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, JRPG, Manga, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece Odyssey umum DLC ‘Reunion of Memories’ – akan tiba tak lama lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco dan ILCA telah mengumumkan DLC pertama untuk One Piece Odyssey iaitu “Reunion of Memories“. Walaupun tarikh keluaran masih belum diumumkan, tetapi Bandai Namco janji mereka akan mengeluarkan DLC ini dalam masa terdekat.

Apakah isi kandungan DLC “One Piece Odyssey: Reunion of Memories”?

Secara am, krew Straw hat akhirnya dapat berehat selepas melalui pengembaraan yang dahsyat di pulau Waford dan di Memoria, dunia unik yang dicipta oleh memori mereka.

Ketika meraikan malam terakhir bersama-sama sebelum berlayar pergi, seorang gadis misteri tiba-tiba muncul. Apa yang pelik adalah wajahnya iras seperti Lim (kawan baru Luffy di pulau Waford), cuma dia berpakaian hitam dan memegang sejenis kiub hitam.

Tanpa amaran, krew Straw Hat dihantar semula ke dunia Memoria yang kini nampak sangat berbeza berbanding kali terakhir mereka pergi. Bukan itu sahaja, kiub yang diperlukan untuk keluar daripada dunia Memoria juga telah hilang! Memandangkan dunia Memoria tidak lagi sama, Luffy dan rakan-rakannya perlu mencari jalan kembali, sambil membongkar misteri terakhir.

Bak kata Katsuaki Tsuzuki (producer kepada One Piece Odyssey), satu perubahan besar kepada DLC adaalah ia akan lebih menumpukan pada pertempuran. DLC ini dibuat khusus untuk bahagian ‘end-game’ (bukan sahaja daripada segi jalan cerita) malah untuk tahap kesukaran. Kekuatan musuh amat tinggi dan berada di tahap selepas pemain menamatkan jalan cerita utama.

Pada masa yang sama, mereka menyediakan banyak pertempuran yang memerlukan pendekatan lebih taktikal, serta beberapa syarat khas untuk menang – jadi pemain boleh mengharapkan jenis cabaran baharu apabila bermain. Anda boleh menonton video di bawah untuk gambaran lanjut:

Seperti yang anda dapat melihat, beberapa watak baharu akan muncul – yang tidak disertakan dalam kisah utama. Apa yang benar-benar terjadi? Itu masih misteri tetapi saya harap kami dapat info baharu dalam masa terdekat.

One Piece Odyssey ialah judul turn-based RPG yang kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang game ini termasuk review lengkap di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDLCOne Piece OdysseyReunion of Memories
ShareTweetSend
Previous Post

Kabaret Review — Selami Mitos Asia Tenggara Yang Penuh Misteri!

Next Post

Gundam Breaker Mobile bakal ditutup selama-lamanya pada 5 Jun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gundam Breaker Mobile bakal ditutup selama-lamanya pada 5 Jun 2023!

Gundam Breaker Mobile bakal ditutup selama-lamanya pada 5 Jun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd