Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Ragnarok tambah update ‘New Game Plus’ – kini tersedia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
God of War Ragnarok tambah update ‘New Game Plus’ – kini tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Santa Monica Studio telah melancarkan update “New Game Plus” untuk God of War Ragnarok, yang terdiri daripada pelbagai kandungan baharu termasuk perisai baharu, level cap yang lebih tinggi, Enchantment baharu dan banyak lagi. Berikut adalah isi butiran lengkap!

New Game Plus is available in God of War Ragnarök now.

Don new armor, wield the Draupnir Spear from the start, expanded level cap, and much more: https://t.co/gOhnmqs2Ve pic.twitter.com/NHS7LUMcdj

— PlayStation (@PlayStation) April 5, 2023

Sebaik sahaja mengalahkan game, anda boleh menyelam terus ke dalam New Game Plus untuk mengalami cerita itu semula dengan lebih banyak pilihan gameplay yang tersedia dari awal. Peralatan, senjata (termasuk Draupnir Spear) dan skill akan dibawa dari save data sebelum ini, jadi anda dapat menggunakan seluruh senjata dari permulaan perjalanan anda.

Cuma, anda tidak ada akses kepada anak panah Sonic dan Hex. Pada masa yang sama, semua kawasan yang memerlukan anak panah itu dan Draupnir Spear juga tidak dapat diakses sehingga anda mencapai bahagian tertentu dalam jalan cerita utama.

Peralatan dan perisai baharu

  • Armor of the Black Bear – Memfokuskan pada Strength dan Defense dengan perk yang memberi ganjaran kepada ‘pengelakan saat terakhir’ dengan hujan serpihan Bifröst. Dalam New Game Plus, anda sudah dilengkapi dengan Armor of the Black Bear.
  • Spartan Armor – Jika mahukan ujian yang serius, Spartan Armor sesuai untuk anda. Tanpa Perk, tiada Stats dan dikunci pada Power Level 1, buktikan kehandalan anda. Jika anda suka rupa Spartan General tapi tidak ingin gameplay mencabar, anda boleh ‘menukar ‘transmog’ perisai ini ke set lain. Spartan Armor boleh diperoleh di Kedai Huldra Brothers.
  • Ares Armor – Memberi ganjaran dengan menjatuhkan Health Stone apabila menyerang. Apabila memijak Health Stone, anda juga memperoleh ‘Rage’ di samping letupan yang lebih besar. Ares Armor boleh dibeli di Kedai Huldra Brothers.
  • Zeus Armor – Set ini meningkatkan damage Melee dan Runic kita dengan banyak, sambil juga meningkatkan damage yang diterima oleh Kratos. Zeus Armor boleh diperolehi dengan mengalahkan Gná the Valkyrie Queen dan melengkapkan cabaran Remnants of Asgard tertentu di New Game Plus.

Spartan Aspis – Shield baharu

Spartan Aspis serupa dengan Guardian Shield, tetapi mempunyai tempoh Parry yang lebih singkat. Walaupun lebih mencabar mengikut timing, Parry yang berjaya menghasilkan damage lebih tinggi. Spartan Aspis boleh dibeli di Kedai Huldra Brothers.

Level Cap baharu

Dalam New Game Plus, kedua-dua Kratos dan musuh akan menjadi lebih kuat dengan level cap yang semakin tinggi. Anda dapat menukar semua peralatan Level 9 (perisai, senjata, komponen senjata dan perisai) kepada versi ‘Plus’ baharu yang memberikan level tambahan. Menukar peralatan juga akan menghasilkan Gilded Coin yang boleh digunakan untuk membeli salah satu Enchantment baharu dari kedai.

Enchantment baharu

Gilded Coin

Menggunakan Gilded Coin, anda boleh memilih apa-apa perk yang kuat dan versatil daripada Armor dan Shield lalu melengkapkannya dalam Amulet sebagai Enchantment. Di sini, anda dapat dua perk daripada peralatan berbeza yang digabungkan ke dalam satu.

Burden

Burden ialah set Enchantment baharu yang membolehkan anda memakai Perk negatif untuk menambah cabaran. Sebagai contoh, Burden of Evasion secara automatik akan memberikan kesan status Frost kepada Kratos apabila dia mengelak. Burden boleh dibeli di Kedai Huldra Brothers.

Lain-lain

Arena Niflheim semakin luas

Arena Sparring di Niflheim dalam New Game Plus akan memberi lebih banyak pilihan baharu! Di samping musuh baharu untuk dihadapi, anda kini boleh bermain sebagai Kratos atau Atreus dan memilih mana-mana watak teman berikut untuk bertarung di sebelah: Atreus (dengan Kratos), Freya, Brok, Sindri, Angrboda, Ingrid, Thor dan Thrud.

Boss Endgame

Terlebih selesa bertarung dengan askar Berserker, Valkyrie Queen Gna, The Hateful dan Ormstunga? Kini, mereka mempunyai lagi banyak pergerakan unik dalam New Game Plus. Jadi walaupun anda pernah mengalahkan mereka sebelum ini, mereka akan memberi cabaran baharu apabila bertemu sekali lagi.

Ini hanyalah ringkasan padat! Untuk info lengkap, baca di SINI. Buat sesiapa yang berminat, God of War Ragnarok “New Game Plus” kini tersedia untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God of War Ragnaroknew game plus
ShareTweetSend
Previous Post

Harga Tiket ANIME FEST+ Diumumkan! Bermula RM30 Sehari!

Next Post

Ghostwire: Tokyo akhirnya akan hadir dalam Xbox Game Pass pada 12 April ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ghostwire: Tokyo akhirnya akan hadir dalam Xbox Game Pass pada 12 April ini!

Ghostwire: Tokyo akhirnya akan hadir dalam Xbox Game Pass pada 12 April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd