Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hanya ada 14 unit di Malaysia, ROG Flow Z13-ACRNM RMT02 kini dijual! Harga RM12,999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Hanya ada 14 unit di Malaysia, ROG Flow Z13-ACRNM RMT02 kini dijual! Harga RM12,999!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) dan syarikat pakaian teknikal ACRONYM, hari ini mengumumkan projek kolaborasi kedua mereka iaitu tablet edisi terhad ‘ROG Flow Z13-ACRNM RMT02‘ yang menghimpunkan dunia fesyen, seni, teknologi, Web3 dan gaming berkuasa.

Bernilai RM 12,999, ASUS ROG hanya akan menjual sebanyak 14 unit di Malaysia tetapi jangan terkejut melihat harganya, kerana tablet ini ternyata hebat daripada segi luaran dan dalaman. Biar saya jelaskan.

Prestasi padu dalam faktor bentuk tablet

Pertama sekali, ROG Flow Z13-ACRNM RMT02 mempunyai pemproses Intel Core i9-13900H dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 4070. ROG juga telah telah menambah MUX Switch dan NVIDIA Advanced Optimus pada tablet. Bagi solusi penyejukan, sistem ROG Intelligent Cooling menambah ruang wap dengan liputan papan 50% manakala ipas khas dicipta untuk memastikan ambien sentiasa 0 dB semasa penyejukan.

Tablet ini menyokong XG Mobile dan memaparkan paparan ROG Nebula dengan nisbah 16:10. Ciri lain yang berkaitan dengan paparan termasuk kadar segar semula 165 Hz, kecerahan 500 nits dan panel skrin sentuh dengan 100% DCI-P3 dan Corning Gorilla Glass DXC.

Peranti dilengkapi dengan pilihan port Type-A, Type-C dan microSD. Ia juga disertakan dengan Thunderbolt 4 dan WiFi 6E serta menyokong pengecasan pantas 130 W melalui port Type-C.

Lebihkan interaktiviti dan mudah alih

ACRONYM memanfaatkan kemudahalihan siri Flow ketika menghasilkan Flow Z13-ACRNM RMT02. Apa yang membuatkan peranti ini begitu popular adalah kerana ia boleh bertukar antara tablet, laptop kerja mudah alih dan stesen gaming canggih. Falsafah ACRONYM adalah supaya pengguna dapat menggunakan produk dalam pelbagai cara dan pendekatan yang dibawa ke RMT02.

Direka bentuk supaya boleh dibawa tanpa beg, peranti ini diperbuat daripada casis aluminium dan menjalani proses kreatif tetapi intensif yang dipamerkan melalui reka bentuk luaran yang unik. Kita boleh lihat ukiran futuristik yang dibuat oleh laser dan ikonografi khas pada badan casis yang berwarna campuran perak (di luar) dan hitam (di dalam).

Seolah-olah seperti beg bimbit, tablet ini siap memiliki tali sendiri untuk kita gantung pada pemain. Ini bermakna pengguna boleh memakai laptop ini secara on-the-go untuk membuat kerja. Bak kata pereka produk Phil Saunders:

“Perkara yang serta merta [orang] akan perasan apabila mengutip RMT02 adalah segala-galanya sangat ‘tactile’ [sentuhan]. Sistem tali memberi pengguna sebanyak mungkin cara untuk berinteraksi dengan peranti: ia menjadi beg sendiri.”

“Ia boleh disangkut pada bahu. Terdapat mod yang membebaskan kedua-dua tangan, supaya pengguna boleh berinteraksi dengannya semasa dalam perjalanan.”

Bukan itu sahaja, Flow Z13-ACRNM RMT02 juga datang dengan beg ACRONYM custom yang direka untuk menyimpan power supply, kabel dan pen.

Harga dan ketersediaan

ROG Flow Z13-ACRNM RMT02 kini tersedia di Malaysia pada harga RM12,999. Hanya 14x unit sahaja yang dijual di Malaysia.

Info lanjut di laman web rasmi.

Spesifikasi Rasmi

Processor   13th Gen Intel® Core™ i9 13900H Processor 
Graphics   NVIDIA® GeForce RTX™ 4070 Laptop GPU GDDR6   8GB  TGP 65 W (with Dynamic Boost) 
Operating System Windows 11 
Display WQXGA (2560 x 1600), 165 Hz / 3 ms, 500 nits, IPS-panel with DDS + G-SYNC®, 100% DCI-P3, Dolby Vision®, Pantone® Validated, Gorilla® Glass DXC  
Memory Up to 32GB LPDDR5 5200 MHz 
Storage Up to 1 TB PCIe® 4.0 SSD 
Camera Front camera: 5 MP IR camera  Rear camera: 13 MP camera  
Keyboard Backlit chiclet keyboard  Single-zone white LED 
Audio 2 x speakers with smart amp technology  Dolby Atmos®  Hi-Res Audio  Two-Way AI Noise Cancelation 
Wi-Fi / Bluetooth WiFi 6E (802.11ax)   Bluetooth® v5.2 
I/O Ports 1 x 3.5 mm Combo Audio Jack  1 x Micro SD card reader  1 x USB 3.2 Type-A   1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C® support DisplayPort™ 1.4 / power delivery / G-SYNC®  1 x Type-C® with Thunderbolt™ 4 (with DisplayPort™ 1.4 + PD support)  1 x ROG XG Mobile Interface 
Battery 56 Wh 
Dimensions Device: 302-318 x 214-222 x 15.6-20 mm Keyboard: 302.8 x 240.3 x 6.25mm   
Weight Device:  1322 g  Keyboard: 393 g 

Baca segala liputan kami tentang produk ASUS ROG di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asus rogROG Flow Z13-ACRNM RMT02TabletTeknologi
Previous Post

Microsoft secara rasmi bawa controller Xbox Wireless ke Malaysia!

Next Post

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang April 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang April 2023!

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang April 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd