Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS Plus April 2023 – Meet Your Maker, Sackboy, Tails of Iron!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2023
in Artikel, Berita, Game Percuma, Promosi, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game PS Plus April 2023 – Meet Your Maker, Sackboy, Tails of Iron!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game percuma bulanan untuk PS Plus bagi April 2023. Tawaran kali ini adalah ‘Meet Your Maker‘, ‘Sackboy: A Big Adventure‘ dan ‘Tails of Iron‘ – yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 4 April hingga Isnin 1 Mei 2023.

Meet Your Maker | PS4, PS5

Meet Your Maker ialah game first-person shooter di mana pemain ditugaskan untuk membina dan menyerbu ‘Outpost’ yang dicipta oleh pemain lain.

Berlatarkan dunia pasca apokaliptik, pemain boleh mengukuhkan Outpost dengan pelbagai perangkap, serta penjaga yang dikawal oleh AI untuk menghalang pemain yang cuba menyusup. Setelah selesai membina Outpost sendiri, pemain boleh menguji dan kemudian berkongsi ciptaan mereka dengan pemain lain secara online.

Sebaliknya, pemain yang cuba serbu haruslah memperoleh “GenMat”, bahan genetik yang terdapat di tengah setiap Outpost, lalu melarikan diri. Memandangkan setiap Outpost dicipta oleh kreativiti pemain, memilih loadout yang betul (melee, ranged, defensive), perk dan consumable akan menentukan kejayaan anda.

Akhir sekali, gabungkan kreativiti untuk bina Outpost bersama rakan atau bekerjasama dan menyerbu Outpost lain. Satu pasukan hanya 2 orang sahaja.

Sackboy: A Big Adventure | PS4, PS5

Sackboy: A Big Adventure ialah game ‘platformer’ dan spin-off kepada siri LittleBigPlanet.

Plotnya berkisarkan si antagonis jahat, Vex, yang menculik rakan-rakan Sackboy dan memaksa mereka membina Topsy Turver, sejenis peranti yang akan mengubah dunia Craftworld kepada dunia yang terik dan tandus. Misi kita sebagai Sackboy adalah untuk menewaskan Vex dan menyelamatkan semua orang.

Tidak seperti game lama LittleBigPlanet yang semuanya 2.5D, A Big Adventure menampilkan pergerakan 3D daripada pelbagai perspektif. Abiliti Sackboy juga ditambah di mana pemain kini boleh menampar sesuka hati, berguling-guling, menunduk, kutip objek dan terapung seketika.

Dalam perjalanan, Sackboy boleh menggunakan sejumlah powerup termasuk; The Grappling Hook – membolehkan Sackboy mencengkam objek dari jauh, Whirltool – peranti ala bumerang yang boleh dilemparkan untuk mencederakan musuh dan memecahkan objek, Plasma Pump – membolehkan Sackboy terapung di udara dan menembak letupan tenaga api, dan lain-lain.

Game ini boleh dimainkan sepenuhnya secara local dan online multiplayer dengan (sehingga) 4 pemain. Terdapat beberapa level dalam game yang memerlukan bantuan rakan untuk masuk dan direka khusus supaya semua pemain bekerjasama untuk maju.

Tails of Iron | PS4, PS5

Berlangsung di tanah suram yang dilanda peperangan, Tails of Iron ialah judul RPG adventure yang dilukis pakai tangan sepenuhnya. Sebagai Redgi, pewaris kepada Rat Throne, anda mesti memulihkan kerajaan yang rosak dengan menghapuskan Frog Clan dan ketua mereka yang zalim, Greenwart.

Semasa menerokai dunia, anda akan bertemu dengan beberapa rakan unik, yang bersedia untuk membantu anda dalam pengembaraan. Namun perjalanan ini pun sangat bahaya dan dipenuhi dengan zombi katak, serangga gergasi dan lain-lain.

Untuk mengatasi setiap musuh, anda perlu mengkaji corak serangan lawan dan bertindak balas dengan sewajarnya! Gaya pertempuran Redgi boleh dipilih oleh pemain sendiri.

Perisai berat boleh memberikan perlindungan yang baik tetapi ia akan memperlahankan kelincahan anda. Kapak mempunyai nilai damage tinggi tetapi lembing lebih pantas. Tentukan apa yang sesuai dan selamatkan kerajaan Redgi!


Sebelum senarai game percuma berubah, saya ingin mengingatkan kepada semua ahli PlayStation Plus agar menebus Battlefield 2042, Minecraft Dungeons, dan Code Vein selewat-lewatnya pada 3 April sebelum katalog berubah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aprilMeet Your Makerps plusSackboyTails of Iron
Previous Post

LIVE A LIVE Akan Hadir ke PS5, PS4 dan Steam Pada Hujung April Ini!

Next Post

Scott Pilgrim Sah Mendapat Adaptasi Anime oleh Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Scott Pilgrim Sah Mendapat Adaptasi Anime oleh Netflix!

Scott Pilgrim Sah Mendapat Adaptasi Anime oleh Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd