Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi oleh Netflix bahawa anime Kengan Ashura Season 2 akan ditayangkan secara rasmi pada bulan September 2023 di platform mereka.

Berikut adalah poster oleh Netflix:

/
『#ケンガンアシュラ 』Season2 キービジュアル解禁!!🔥
\

いよいよ2023年秋からNetflix全世界独占配信✊
シーズン2のキービジュアルを公開❗️

🤜企業同士の代理戦争🤛
<拳願仕合>
トーナメントの行方は果たして…?!

詳細はこちら▼https://t.co/rpIe2qTCWI#KENGANASHURA pic.twitter.com/a3LNLjb0Nf

— 「ケンガンアシュラ」公式 (@kengankai) March 22, 2023

Semua orang daripada Season 1 akan kembali termasuk Seiji Kishi (Danganronpa The Animation) sebagai pengarah di Larx Entertainment, Makoto Uezu (Akame ga KILL!, The Heroic Legend of Arslan) akan bertanggungjawab ke atas kompisis siri, dan Kazuaki Morita (Tsuki ga Kirei, Assassination Classroom) akan menghasilkan reka bentuk watak.

Season 2 akan meneruskan perlawanan akhir Kengan Annihilation Tournament dan menyampaikan kesimpulan untuk manga original. Sebagai recap, Season 1 – Part 2 berakhir dengan pertarungan protagonis Tokito Ohma pada pusingan kedua di mana dia mara ke pusingan ketiga/suku akhir.

Memandangkan masih ada dua pusingan lagi (separuh akhir dan perlawanan akhir), masih ada banyak lagi yang belum diadaptasikan daripada muka surat manga.

Bagi mereka yang tidak tahu, Kengan Ashura ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Yabako Sandrovic dan diilustrasikan oleh Daromeon. Ia mula disirikan di laman web Ura Sunday terbitan Shogakukan dari April 2012 hingga Ogos 2018. Sebuah sekuel bertajuk Kengan Omega kemudian bermula pada Januari 2019. Adaptasi anime pertama kali ditayangkan pada Julai 2019 diikuti oleh Part 2 pada Oktober 2019.

Sejak zaman Edo Jepun, beberapa arena telah wujud di seluruh dunia. Di arena ini, pemilik syarikat besar dan usahawan yang kaya mengupah pahlawan untuk bertarung tanpa senjata di mana pemenang akan mengambil memenangi semua. Pertarungan ini dipanggil perlawanan ‘Kengan’.

Yamashita Kazuo, seorang pekerja normal telah menyaksikan pergaduhan di lorong gelap antara dua lelaki misteri. Salah seorang lelaki ini bernama Tokita Ohma aka Ashura telah diperhatikan oleh Nogi Hideki, CEO kerana Nogi Group. Tanpa sengaja, Kazuo dipaksa untuk menguruskan Ohma yang menyertai perlawanan Kengan yang berbahaya.

Sinopsis

Kengan Ashura Season 2 akan tiba September 2023. Tarikh tepat tidak diberi.


Baca segala liputan kami tentang siri Kengan Ashura di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKengan Ashura Season 2netflix
Previous Post

“Tak boleh beza game & dunia sebenar” – Grafik Senua’s Saga: Hellblade 2 terlalu maju!

Next Post

Senarai Game Remake Terbaik Yang Anda Boleh Mainkan Semasa Lapang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai Game Remake Terbaik Yang Anda Boleh Mainkan Semasa Lapang!

Senarai Game Remake Terbaik Yang Anda Boleh Mainkan Semasa Lapang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd